
DARIPADA AVATAR MAYA KE ROBOT HUMANOID: AIMOGA CERMINAN MASA DEPAN OMODA DAN JAECOO
Pada pelancaran Strategi Pintar oleh syarikat induk OMODA dan JAECOO, Chery, menarik perhatian ramai apabila sebuah robot humanoid berwarna perak kelabu yang bergerak di ruang pameran, memperkenalkan ciri-ciri kenderaan, menghidang minuman dan membantu urusan pandu uji.
Dikenali sebagai AiMOGA, robot ini adalah hasil kerjasama Chery dan pasukan AiMOGA, dan kini berperanan sebagai Perunding Jualan Pintar di bilik pameran OMODA C5 JOYSTAR 4S di Kuala Lumpur.
Projek ini bermula dengan Mornine, avatar maya OMODA yang direka khas untuk mendekati pengguna Generasi Z.

Dari alam digital, aspirasi untuk menjadikan Mornine satu realiti melahirkan AiMOGA, robot sebenar yang menggabungkan kepakaran automotif Chery dalam pemanduan autonomi dan pengawalan elektronik dengan kecerdasan buatan berskala besar.
Dengan sistem pengesanan multimodal, gerakan biomimik dan keupayaan komunikasi semula jadi, AiMOGA mampu menjalankan tugas kompleks termasuk navigasi automatik dan interaksi pelbagai robot.
Menariknya, nama AiMOGA sendiri menggabungkan unsur budaya Timur dan teknologi moden—”MO” merujuk kepada falsafah Mozi, manakala “GA” bermaksud ‘armor’.
AiMOGA bakal muncul di Pameran Auto Shanghai 2025 dan akan terus berkembang untuk digunakan dalam pelbagai bidang seperti pusat beli-belah, hospital, sekolah dan rumah, sekaligus menjadikannya bukan sekadar duta jenama, tetapi teman pintar masa depan.