Motosikal

RASMI: ‘POWER CRUISER’ BENDA LFC 700 PRO LANCAR DI MALAYSIA – 93.8HP, RM48,888

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, MForce dengan rasminya melancarkan BENDA LFC 700 Pro untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM48,888. 

LFC 700 Pro merupakan cruiser yang menampilkan reka bentuk moden dan futuristik berbanding model BENDA lain yang ditawarkan di Malaysia ketika ini. Bagi pasaran tempatan, dua warna ditawarkan.

Selain itu, LFC 700 Pro juga merupakan model paling berkuasa dalam portfolio BENDA ekoran dipacu enjin empat silinder 676cc 16-valve DOHC yang berupaya menjana 93.8hp pada 11,000rpm dan 63Nm pada 8,500rpm. Kuasa pula dikawal selia transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan slipper clutch. 

Sementara itu, LFC 700 Pro juga hadir dengan kelengkapan premium antaranya fork USD 43mm dari KYB dan penyerap hentak boleh laras di belakang juga dari KYB.

Menariknya, tempat duduk boleh diselaraskan antara 650mm hingga 730mm mengikut kesesuaian penunggang. Selain itu, LFC 700 Pro ini juga hadir dengan light wings yang akan terbuka apabila lampu high beam diaktifkan.

LFC 700 Pro ini juga dilengkapi dengan sistem RAM-Air yang akan menyedut udara bertekanan tinggi bagi menghasilkan kuasa puncak yang lebih baik.

Bahagian brek pula dikendalikan brek Brembo 4-piston depan dengan cakera 320mm dan brek Brembo 2-piston belakang dengan cakera 260mm. ABS juga didatangkan secara standard bersama-sama traction control yang boleh dipadamkan. 

Namun begitu, ciri paling menonjol adalah di bahagian tayar dengan bahagian depan menempatkan tayar 130/70-19 sementara bahagian belakang pula menawarkan ukuran 300/15-18. 

GALERI: BENDA LFC 700 PRO

Google ads
Back to top button