Artikel Pilihan

FLORIDA HIGHWAY PATROL KINI MILIKI CORVETTE C8 STINGRAY – BOLEH KEJAR MIATA TAK NI?

Supercar memang tak sesuai dijadikan kereta peronda polis kerana mempunyai pelbagai isu antaranya ialah harga alat ganti yang mahal dan tidak cukup lasak untuk kegunaan setiap hari. Kos perolehannya juga tinggi tapi kalau dapat percuma macam Florida PD ni apa salahnya. Lenjan je la sampai lebam.

Terbaru Florida PD telah menerima sebuah Chevrolet Corvette C8 Stingray ke dalam garaj mereka. Kereta tersebut merupakan unit rampasan dari pada Drug Enforcemeny Agency (DEA), alah kira macam Agensi Anti Dadah la kalau kat sini. Maknanya ia bukan dibeli dengan hasil cukai yang dikenakan ke atas rakyat. Bijak kan?

Kenapa tak diaplikasikan di Malaysia. Pihak berkuasa kita pun banyak menyita kereta-kereta yang melanggar peraturan termasuklah kenderaan seludup dan klon. Rugilah kalau dibiarkan sampai mereput baru nak lelong dengan harga yang tak murah pun (kecuali yang tak boleh didaftarkan).

Corvette tersebut bagaimana pun telah menerima naik taraf untuk melayakkanny berkhidmat dalam pasukan peronda lebuh raya. Rasanya banyak digunakan untuk promosi kot bukannya untuk berentap dengan pelumba haram.

Lampu-lampu amaran , siren dan liveri polis semestinya wajib. Dalamannya juga turut dlengkapi dengan kelengkapan tugasan polis termasuklah pencetak untuk cetakan saman. Kesemua tugasan peronda lebuh raya boleh dilakukan kecuali membawa pesalah ke lokap. Nak letak kat mana? Gari kat depan bonet boleh la kot?

Corvette ini merupakan edisi ulangtahun ke 70 dan ia dibekalkan dengan enjin 6.1 liter LT2 V8 dengan 490 hp kuasa. Kemampuan pecutan 0-100 kmj dalam masa 2.9 saat memang tidak dapat ditandingi kereta penumpang biasa. Jadi hati-hatilah kalau berniat untuk berlagak di Florida.

Google ads
Back to top button