BuletinMotosikal

MUKTAKMAD. ZARCO SAH TUNGGANG DUCATI UNTUK MOTOGP TAHUN DEPAN!

Setelah berteka teki mengenai kedudukannya pada tahun hadapan, bekas pelumba Redbull KTM MotoGP, JOhann Zarco mengumumkan akan menunggang jentera Ducati menerusi pasukan Reale Avintia Racing Team.

Raúl Romero, pemilik pasukan Reale Avintia Racing Team memberitahu: “Saya benar-benar gembira dengan penyertaan penunggang handalan seperti Johann Zarco ke dalam pasukan kami. Ini akan memperkuatkan lagi pasukan selepas kami menyambung kontrak bersama Ducati dengan kemudahan peralatan dan sokongan dari pengeluar itu.

“Semua ni sangat membantu perancangan keseluruhan pasukan kami dan kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja kerana tanpa mereka tak mungkin kami dapat bersaing pada tahap ini.”

Karier Johann Zarco di MotoGP akhirnya terjawab menerusi pengumuman ini. Zarco juga lebih awal memuatnaik status di laman instagram beliau semalam dan turut memberitahu keadaan semasanya. Kecederaan pergelangan kakinya semakin pulih ketika insiden pelanggaran bersama Iker Lecuona dalam sesi perlumbaan terakhir di Valencia lalu. Beliau juga tidak sabar untuk kembali berlatih di litar.

Zarco yang sebelum ini disebut-sebut sebagai pengganti Lorenzo dan bakal bergandingan dengan Marc Marquez di pasukan Honda Repsol nampaknya terpaksa berundur dengan kemasukan adik Marc, Alex Marquez.

Jika beliau menyertai Honda, beliau merupakan pelumba yang paling versatil dengan menunggang empat motosikal berbeza dalam masa setahun lebih sahaja.

Penyertaan Zarco ke Avintia adalah langkah akhir yang dramatik bagi pelumba Perancis itu bagi musim 2019. Beliau bergelut dengan jentera KTM di separuh musim 2019 meskipun mendapat enam podium bersama jentera Yamaha setahun sebelumnya.

Ketika berundur awal dari KTM, ramai melihat masa depan Zarco kembali ke Yamaha sebagai pelumba ujian, namun beliau buat kejutan dengan menjadi pelumba gantian Takaaki Nakagami di LCR Honda. Nakagami berehat awal untuk menjalani pembedahan.

Dengan prestasinya yang konsisten, beliau dilihat calon paling layak menggantikan Lorenzo di Honda Repsol namun kejuta dibuat pasukan Repsol dengan menamakan adik beradik Marquez sebagai pasangan pelumba mereka tahun depan.

Pengurus GP Perancis Claude Michy malah dari pihak Dorna sendiri menerusi Carmelo Ezpeleta kemudian berusaha mencari tempat untuk Zarco.

Meskipun mendapat tawaran awal, Zarco bimbang penyertaannya di Avintia bakal mengulangi kesilapan samanya di KTM. Beliau memikirkan untuk kembali ke Moto2 di mana pasukan Marc VDS memerlukan pelumba gantian bagi posisi yang ditinggalkan Alex Marquez.

Bagaimanapun, perbincangan lanjut antara Zarco dan Ducati menjanjikan beliau jentera yang lebih baik serta pasukan sokongan untuk beliau jika tawaran di Avintia diterima. Ia bermaksud, Zarco akan mendapat layanan yang lebih berbanding pasukan satelit itu sendiri. Beliau akan dipantau terus oleh pengeluar – Ducati.

Dalam satu temuramah bersama MotoJournal, Zarco memberitahu bahawa kontrak yang beliau tandatangani adalah antara dia dan Ducati dan bukannya Avintia. Beliau juga berkemungkinan besar berpeluang menyertai pasukan Factory Ducati untuk musim 2021.

Google ads
Back to top button