Buletin

DIBIDA SEBANYAK 76 KALI.SUBARU IMPREZA 22B STI DIJUAL PADA HARGA RM1.29 JUTA

Selepas dibida sebanyak 76 kali, jentera Subaru Impreza 22B STI terpakai tahun 2018 dijual pada harga AS$312,555 (RM1.29 juta) melalui lelongan di laman Bring A Trailer.

Jentera tersebut merupakan salah satu daripada 400 unit model yang dibangunkan sempena meraikan kemenangan bagi Jenama Pengeluar dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) dan sambutan ulang tahun ke-40.

Subaru Impreza 22B STI berwarna biru World Rally Blue itu merupakan unit ke-156 dan diimport dari Jepun ke Amerika Syarikat (AS) sebagai unit pameran dan tontonan.

Ia hadir dengan bonet ventilator aluminium dan skup besar, fender besar, spoiler belakang boleh laras, penutup lampu kabus, wiper belakang, cermin sisi boleh lipat elektrik, logo Subaru warna merah (Cherry Blossom), ekzos STi dan lencana 22B STi.

Selain itu, jentera berkenaan turut dilengkapi rim BBA 17 inci berwarna emas dibaluti tayar 235/40 Dunlop Direzza ZII.

Bahagian dalaman didatangkan tempat duduk Recaro hitam dipadankan sulaman logo STi dan sulaman benang merah.

Subaru Impreza 22B STI itu memiliki perbatuan melebihi 40,000km mendpat khidmat enjin 4 silinder sebaris 2.2L DOHC Turbo dengan sistem pacuan semua roda (AWD) dan kotak gear manual 5 kelajuan mampu menjana kuasa 280hp dan tork 363Nm.

Sistem brek pula, menggunakan kaliper STi merah, manakala sistem suspensi ProDrive termasuk absorber Bilstein dan bar strut gentian karbon.

Sebelum ini, terdapat sebuah lagi jentera model sama dengan nombor siri 309 dijual pada harga AS$370,000 (RM1.5 juta) di Britain. – carbuzz/bringatrailer

Google ads
Back to top button