Buletin

PADA 2010 SUBARU IMPREZA WRX STI SPEC C DIPERKENAL DI JEPUN

Kehebatan Mitsubishi Lancer Evolution dan Subaru Impreza WRX sentiasa segar di kalangan peminat kereta berprestasi. Masing-masing mempunyai keistimewaan sendiri.

Kedua-dua model juga saling mempunyai edisi istimewa dan terhad. Sebagai contoh pada 21 Disember 2010 Fuji Heavy Industries mengumumkan penawaran Subaru Impreza WRX STI spec C.

Tiga perbezaan dengan WRX STI ialah pengurangan berat, prestasi enjin dan casis. Satu lagi keistimewaan ialah spec C dibangunkan untuk kemungkinan diguna di dalam sukan permotoran dan sebagainya.

Versi rim 17 inci, tanpa kerusi Recaro

Enjin 2.0L EJ207 menggunakan menggunakan turbo dengan ball-bearing twin-scroll dan ECU khas bagi memaksimumkan tork dan prestasi pecutan lebih baik.

Komponen badan kereta diperbuat dengan bahan ringan seperti bonet depan aluminium, kaca nipis dan bateri yang kecil.

Casis yang sebelum ini dah ditambah baik, diperbaharui sekali untuk pemanduan yang stabil di dalam sempadan prestasi.

Berikut ialah ciri-ciri Subaru Impreza WRX STI spec C:

Enjin

Geseran dikurangkan dengan penggunaan ball bearing dalam turbo dan dengan ECU talaan khas, tork maksimum ditingkatkan kepada 8 Nm. Ia juga boleh didapati pada putaran enjin lebih rendah 1,200 rpm dan memberikan daya prestasi lebih baik.

Intercooler pula menggunakan penyembur air untuk sejukan lebih baik.

Subaru turut menukar struktur pam minyak untuk pembekalan minyak yang stabil walaupun semasa melalui selekoh. 

Dipadan dengan enjin Boxer tersebut ialah transmisi enam kelajuan manual dan pacuan semua roda (AWD).

Casis

Crossmember spec C

Differential belakang menggunakan LSD mekanikal untuk kestabilan tinggi apabila melalui selekoh. Turut dikemaskan ialah crossmember depan yang lebih tegar.

Tayar yang dipasang dari jenama Bridgestone Potenzo RE070 245/40 dengan prestasi cengkaman pada permukaan jalan kering dan memperbaiki prestasi di selekoh dan pengawalan. 

Turut diberi perhatian ialah amaun minyak yang dikeluarkan dari stereng berkuasa ditingkatkan untuk rasa stereng lebih baik dan operasi stereng lebih cepat.

Komponen ringan

Melalui penggunaan bonet aluminium dan bateri kecil, berat bahagian depan dikurangkan yang turut mengurangkan inersia untuk kestabilan stereng lebih cemerlang.

Cermin khas yang nipis digunakan pada cermin depan, pintu depan dan belakang. Dengan pengurangan bahagian atas berat kenderaan, prestasi kereta semasa selekoh lebih baik.

Digunakan bersama tayar Bridgestone Potenza ialah roda ringan saiz 18 inci. Selain itu, ada juga ditawarkan roda berukuran 17 inci.

Komponen lain

Kelengkapan pilihan lain ialah kerusi RECARO dan kombinasi beg udara sisi dan beg udara tingkap untuk varian dengan roda 18 inci. Brek Brembo yang digunakan mempunyai kemasan berwarna emas.  

Berkenaan warna badan ada lima pilihan iaitu Satin White Pearl, Obsidian Black Pearl, Spark Silver Metallic dan WR Blue Mica 

Dengan pengenalan STI spec C, siri ini bertambah dari edisi sedia ada iaitu Impreza WRX STI dan Impreza WRX STI A-Line. 

Di Jepun, Subaru Impreza WRX STI spec C di jual pada harga 3,643,500 yen dan 3,328,500 yen untuk varian roda 17 inci.

BACA: SUBARU LEVORG 2020 CUN MELECUN, DIJUAL TAHUN INI

BACA: SUBARU UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA ENJIN LEJEN EJ20

BACA: SEGALANYA TENTANG SUBARU IMPREZA 22B STi

Kredit foto: Subaru

Tags
Google ads
Back to top button