
SUBARU IMPREZA 22B STi 1998 NAK JUAL £295K (RM1.6 JUTA) DI UK. PLASTIK PUN BELUM BUKA LAGI!
Sebuah Subaru Impreza 22B STi yang rare diiklan untuk dijual di United ingdom pada harga yang boleh membuatkan air mata anda mengalir.
Jentera yang mencatat perbatuan rendah itu ingin dijual pada harga £295,000 atau RM1.6 juta.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nilai kereta berprestasi tinggi Jepun buatan tahun 1990-an dan awal 2000 semakin meroket dan Impreza itu tidak terkecuali.

Kereta tersebut disenaraikan untuk dijual di laman web Appreciating Classic di Norfolk dan dikatakan dimiliki oleh hanya seorang pemilik.
Ia tidak menerima sebarang ubah suai, selain hadir bersama karpet lantai asal tempat duduk masih berbalut plastik, plat pelindung kaki dan cat original.
Impreza 22B STi itu dibeli sebagai satu bentuk pelaburan oleh keluarga pemiliknya pada tahun 1998 dan diimport baharu dari Jepun.

Ia hanya sempat dipandu beberapa kali, sebelum disimpan rapi dan enjinnya dihidupkan bagi memastikannya berada dalam kondisi terbaik.
Dengan jarak perbatuan yang sangat rendah, tidak hairanlah jika keadaannya berada dalam tahap hampir sempurna. Untuk jualan, pihak Appreciating Classic membuatkan catnya lebih menyerlah.

Ruang kabin tidak menampakkan sebarang tanda dia pernah digunakan. Malah bau sebuah. Subara Impreza tahun 1998 masih ada.
Impreza 22B STi dikuasakan oleh enjin empat selinder turbo 2.2 liter dengan piston tempaan, kepala gasket besi, injap kemasukan khas dan ekzps dilengkapi sodium.
Enjin tersebut mampu menjana kuasa 276hp dan tork 363Nm.
- BACA: SUBARU WRX S4 STI SPORT DIPERKENALKAN DI JEPUN – 500 UNIT SAHAJA AKAN DIHASILKAN
- BACA: SAHAM JATUH, NILAI NISSAN KINI LEBIH RENDAH BERBANDING SUBARU
- BACA: ENJIN SUBARU TAMBAH AIR, LAGI POWER.
- BACA: SEGALANYA TENTANG SUBARU IMPREZA 22B STi
GALERI