Buletin

SUBARU IMPREZA WRC S12B NAK JUAL! – KERETA PETTER SOLBERG

Sekali-sekala muncul iklan yang menarik perhatian contohnya Subaru Impreza WRC S12B ini. Impreza adalah model ikonik yang berjaya mengangkat nama Subaru di serata dunia.

Kerjasama di antara Subaru dan Prodrive terjalin lama dan berjaya di mana Colin McRae menghadiahkan kemenangan pertama pada 1993 dan kejuaraan pemandu dunia pada 1995.

Kejayaaan pemandu itu diteruskan Richard Burns pada 2001 dan disusuli Petter Solberg pada 2003. Subaru sebelum itu menang kategori pengeluar pada 1995, 1996 dan 1997.

Unit yang terbuka untuk dibida dan dijual ini digunakan oleh Petter Solberg pada tahun 2007 sebanyak enam pusingan. Beliau menang tempat kedua di Rali Portugal dan ketiga di Rali Greece.

Pada 2008, unit ini digunakan di dalam Rali Acropolis dan Rali Finland oleh Mads Ostberg yang masih aktif berlumba di dalam WRC.

Pada 2010, beliau menggunakan kereta ini di dalam Rali Finland dan Rali Wales GB dan berjaya menduduki tempat ketujuh dan kesembilan. Kesemua rekod ini boleh didapati di dalam FIA Gold Book yang disertakan bersama.

Pemilik sekarang sudah menjaganya sejak empat tahun dahulu dalam keadaan baik yang dibantu oleh pakar.

Enjin kereta ini telah dibina semula oleh Graham Sweet yang merupakan bekas pekerja Prodrive dan seorang pakar. Kotak gear turut dibina semula dan turbo yang dibekalkan oleh WRC Spares.

Pada tahun 2007, Subaru Impreza ini dijemput untuk menyertai Goodwood Festival of Speed pada bulan Jun dengan demonstrasi oleh Colin McRae.

Kereta ini adalah unit terakhir yang dipandu oleh Colin McRae di depan orang ramai. Beliau terlibat dalam nahas helikopter pada September 2007.

Bidaan dan jualan Subaru Impreza WRC S12B ini akan dikendalikan oleh Silverstone Auctions di Stoneleigh Park, United Kingdom pada 21 dan 22 Februari 2020.

Google ads
Back to top button