Buletin

PAIP PECAH, 2 BUAH KERETA MASUK LUBANG DI MENTAKAB

Dua buah kereta termasuk ke dalam lubang di tengah jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mentakab di Temerloh, Pahang pada Rabu.

Foto kejadian melibatkan kenderaan terbabit tular di laman sosial Facebook, sekali gus mengundang kerisauan pengguna di laluan tersebut.

Difahamkan laluan tersebut pernah dibaiki dan kejadian paip pecah di lokasi terbabit bukanlah kali pertama berlaku.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati laluan itu telah ditutup kepada pengguna jalan raya. Namun, akibat masih ada pemandu kenderaan yang menggunakannya. 

Masalah paip pecah itu kemudian mendapat perhatian Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) yang akan melakukan kerja-kerja penggantian secepat mungkin.

PAIP turut memaklumkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan melibatkan 5,500 akaun bermula jam 8.30 pagi hingga 11 malam, Rabu berikutan paip utama jenis AC bersaiz 400 milimeter yang pecah. – Astro Awani  

Google ads
Back to top button