Buletin

EBIT LEW BANTU WARGA EMAS TINGGAL DALAM KERETA DI BAWAH JEJANTAS

Penceramah Ebit Lew membantu seorang warga emas yang tinggal dalam kereta di bawah jentantas berdekatan Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Melalui laman Facebook rasminya, Ebit memberitahu, lelaki berusia 75 tahun berkenaan tidur dalam kenderaan selama 2 bulan.

Dia menjelaskan, sebak mengenangkan nasib warga emas tersebut yang turut menjaga beberapa ekor kucing di dalam kereta tersebut.

“Sedih tengok keadaan pakcik ni. Tiada sesiapa dah. Katanya hidupnya jatuh ditimpa tangga. Tiba-tiba sahaja menangis.

“Pakcik esok (hari ini) dah raya haji. Raya dalam ni jer ke. Ada sesiapa saya boleh hubungi. Tiada ustaz. Hidup sendirian je.

“Nak tak saya sewakan rumah untuk pakcik dan kucing-kucing ni semua.Baik ustaz. Bila tu ustaz. Sekarang kita gerak. Saya nak pakcik hari raya haji dalam rumah selesa,” tulisnya.

Menurutnya lagi, warga emas itu menangis apabila dihulurkan bantuan dan mengakui ramai juga yang pernah membantunya, selain tidak menyangka akan mendapat rumah.

Menurut Ebit, dia terus mengajak warga emas tersebut untuk mencari barangan keperluan seperti peti ais, mesin basuh dan katil. – FB Ebit Lew

Google ads
Back to top button