Artikel Pilihan

NENEK PALING LAJU DI DUNIA MILIKI 911 GT3 RS DAN GALLARDO SUPER TROFEO – NAK CUCU ANGKAT TAK NEK?

Pada usia 83 tahun Sonja M. Heiniger boleh memilih untuk menikmati persaraan dengan bersantai di tepi pantai ataupun berkebun tapi beliau memilih untuk menyertai acara track day di Itali dan memandu supercar di serata Eropah. Ini baru cara pemandu sejati menghabiskan hari tua.

Sonja memiliki sebuah syarikat pembekal internet di Switzerland sejak 2005 dan sentiasa dilihat menyertai perlumbaan yang dianjurkan kelab Porsche di Zurich sejak 2005. Beliau juga merupakan seorang pemilik Porsche 911 GT3 RS berwarna hijau terang dan sentiasa dilihat memecut laju jentera tersebut di Imola dan Monza.

Baru-baru ini satu video menunjukkan Sonja memandu sebuah Lamborghini Gallardo Super Trofeo Stradale di Monza telah disiarkan Reddit dan menarik perhatian ramai. Ia sebenarnya dirakam pada tahun 2022 dan menonton kereta sehebat Gallardo STS dipandu dilihat memang sesuatu yang mengasyikkan.

Kebanyakan pemilik Gallardo STS memilih untuk menyimpan supercar mereka di dalam garaj dan dipandu untuk bersantai sekali sekali pada waktu hujung minggu. Namun berbeza dengan Sonja yang dilihat cukup selesa membelasah jentera milik beliau di dalam litar dan membenarkan enjin NA 5.2 liter V10 meraung dengan bebas.

Untuk rekod Gallardo STS merupakan varian Gallardo paling bernilai sepanjang 10 tahun pengeluarannya. Ia diinspirasikan daripada jentera perlumbaan Blancpain Super Trofeo dan memang menonjol berbanding Gallardo standard.

Google ads
"
"
Back to top button