
Buletin
SUZUKI HENTI SEMENTARA 3 KILANG DI INDIA. BANTU MANGSA COVID-19 DAPAT BEKALAN OKSIGEN
Suzuki Motor Corp. akan menghentikan sementara tiga kilang di India bagi membantu para pesakit Covid-19 mendapat bekalan oksigen.
Menurut kenyataan rasmi syarikat itu, penutupan semua kilang bermula 1 hingga 9 Mei ini tidak akan menjejaskan pengeluaran kenderaan.
“Oksigen perlu digunakan untuk menyelamatkan nyawa,” kata kenyataan itu lagi.

Pada kebiasaannya, oksigen digunakan untuk kerja-kerja kimpalan kenderaan dan proses pengeluaran lain. Masalah oksigen juga menjejaskan vendor-vendor Suzuki dan menjejaskan aktiviti pengeluaran komponen.
Gelombang terbaharu pandemik Covid-19 di India amat serius hingga pesakit koronavirus dan pengurusan hospital berdepan kekurangan bekalan oksigen cecair (perubatan). -kyodonews
- BACA: SUZUKI VIETNAM LANCAR RAIDER R150 SPECIAL EDITION. HARGA RM8,900 SEUNIT
- BACA: SUZUKI SWIFT SPORT 2021 MENDARAT DI MALAYSIA. ENJIN TURBO BOOSTERJET 140HP, PLATFORM HEARTEC, RM139,900
- BACA: SUZUKI GIXXER SF MASUK PASARAN THAILAND. HARGA BERMULA RM17K
- BACA: SUZUKI RG SPORTS 2002 BUATAN MALAYSIA NAK DIJUAL PADA HARGA RM142K DI VIETNAM









