
ANDREA DOVIZIOSO BANTU BANGUNKAN ITALJET DRAGSTER
Bekas pelumba pasukan Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso dilapor telah menandatangani perjanjian dengan Italjet untuk membangunkan rangkaian skuter Dragster.
Firma Itali itu mendedahkan bahawa skuter dengan enjin empat lejang bersesaran 125 dan 200cc yang kembali pada tahun 2019 telah menerima beribu-ribu tempahan di seluruh dunia.
“Apabila saya mereka bentuk Dragster baharu, saya membayangkannya sebagai sebuah superbike kecil yang boleh digunakan di bandar. Sebuah skuter yang mampu menawarkan rasa sebuah jentera di litar,” kata Ketua Pegawai Ekskutif Italjet, Massimo Tartarini.

Sepatutnya dilancarkan tahun lepas, namun rancangan itu terpaksa ditunda akibat pandemik COVID-19 dan garis panduan emosi Euro5 yang semakin ketat. Jentera 2021 kini menerima cakera brek lebih besar 200mm, sistem brek ABS dan komponen suspensi daripada Paioli.
“Saya mahu Dragster menyerlahkan semua potensi dan menjadi skuter terbaik dalam kelasnya. Jadi, saya perlu mempunyai satu watak protagonis dalam sukan bermotor. Saya kemudian terus teringat kepada Andrea, seorang atlet yang saya kagumi,” kata Tartarini lagi.
Dovizioso berperanan memberi maklum balas kepada pasukan teknikal sepanjang sesi ujian dakan fasa pra-produksi. Ini bagi membolehkan Italjet mendapatkan talaan terbaik untuk sebuah jentera kegunaan bandar. Dragster akan ditawarkan di lebih 50 buah negara di seluruh dunia.
Harga untuk varian 125cc di United Kingdom ialah £4,999 (RM29,000). Manakala versi 200cc pula berharga £5,199 (RM30,200) seunit.
- BACA: ITALJET DRAGSTER 2019. REKAAN GARANG, 2 PILIHAN ENJIN
- BACA: KELAHIRAN SEMULA SENJATA PEMUSNAH ITALI. ITALJET DRAGSTER TELAH KEMBALI!
- BACA: NAK CAFE RACER? ITALJET BUCCANEER 250i MENARIK JUGA
- BACA: SKUTER CMC ITALJET 125 – RM6,996 SEUNIT
GALERI