
WANITA 63 TAHUN GAGAL UJIAN MEMANDU AKIBAT PANIK – ADUH KESIAN BETUL
Bila sebut pasal ujian tentu sekali ramai di antara kita akan panik. Nak pula kalau ujian yang besar macam ujian memandu. Seorang wanita di Argentina ini merupakan antara mereka yang tidak bernasib baik dalam ujian memandu dan tentu sekali gagal teruk kalau tengok video ni.

Dalam satu video CCTV yang dikongsikan di laman Youtube, ia menunjukkan sebuah Volkswagen Gol yang sedang dipandu dlam litar ujian memandu (memang nama kereta tu Gol, bukan salah eja). Litar bersaiz mini ini mempunyai lintasan pejalan kaki, lampu isyarat, bulatan dan pelbagai lagi benda yang biasa kita lihat di atas jalan raya.
Keadaan mula kelam kabut sebaik video bermula dan beliau melanggar tebing jalan sewaktu membelok ke kanan. Reaksi selepas itu tak payah cerita lagilah. Dia punya panik memang tal boleh bincang. Sampai kedua-dua tayar hadapan naik atas tebing jalan.
Rasanya ini tak ada sebab lain kecuali tertukar pedal akibat terlalu panik. Tapi kalau lihat dari video memang patut gagal sebab semua tebing jalan dia panjat. Tempat ada papan tanda berhenti pun dia tak berhenti.
Bahaya betul, kalau kira litar ujian ini sudah dikira sebagai persekitaran selamat untuk ujian. Macam mana kalau ujian ni dijalankan di jalan raya macam kat Malaysia. Naya Pak Karim.
Ujian ini berakhir dengan sekali lagi rempuhan pada tebing di jalan sebelum melambung ke atas pembahagi jalan dan merempuh sebatang tiang lampu menyebabkan kereta ujian itu terbalik.
Namun syukurlah tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan warga emas tersebut cuma mendapat kecederaan yang ringan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.