Buletin

ELVIS PRESLEY ‘HIDUP SEMULA’ DALAM IKLAN FIAT STRADA BRAZIL

Model pikap terbaharu, Fiat Strada menjanjikan kejayaan besar di Brazil malah pengeluar kereta ini telah mencapai 6,000 jualan dalam tempoh 10 hari.

Dalam menyakinkan lagi para pelanggan untuk mendapatkan pikap terbaharu itu, pengeluar kereta ini melancarkan sebuah iklan dibintangi legenda Elvis Presley.

Filem diberi nama The Legend dilancarkan pada minggu lalu. Ia memaparkan figura Elvis Presley sedang mempersembahkan lagu Blue Suede Shoes dalam sebuah pertunjukkan.

Persembahan tersebut terganggu apabila sebuah Fiat Strada berwarna merah merempuh dinding ketika lagu didendang.

Legenda ini melompat masuk di bahagian tempat duduk pemandu dan memulakan pemanduan melalui beberapa studio rakaman dan set filem.

Selain itu, dia turut bertarung dengan samurai, memandu ditemani bulan penuh dan melintas padang pasir. Destinasi terakhir pula, merupakan majlis pelancaran Fiat Strada terbaharu ini.

“Ia merupakan satu penghormatan apabila dapat menyumbang dalam kempen produk utama Fiat pada tahun ini.

“Ia menggambarkan secebis harapan dalam keadaan sukar pada waktu ini, kreativiti, produksi yang bagus dan gabungan dua legenda dalam satu kempen, Fiat Strada dan Elvis tidak akan mati,” kata Timbalan Presiden Kreatif Leo Burnett Brazil, Pedro Prado.

Elvis Presley meninggal dunia pada tahun 1977, bagaimana mereka ‘membawa’ figura legenda ini kembali? Pasukan produksi telah menggunakan teknologi Computer-generated imagery (CGI) dan mengambil pelakon iras legenda berkenaan, Dean Z dari Missouri, Amerika Syarikat.- carscoops.

Tags
Google ads
Back to top button