,
Buletin

BBS FAIL BANKRAP DI JERMAN. KALI KETIGA DAH BANKRAP

Pandemik COVID-19 banyak memberi kesan terhadap syarikat-syarikat di seluruh dunia. Salah satu syarikat dalam dunia automotif yang terjejas merupakan pengeluar rim, BBS.

Menurut laporan autoevolution, BBS mendakwa krisis kewangan semasa disebabkan “kehilangan pembayaran dijanjikan yang tidak dijangka”. Apa yang dimaksudkan syarikat berkenaan masih belum jelas.

Begitupun, laporan Motor Illustrated berkata fail bankrap tersebut hanya dilakukan di Jerman sahaja.

Langkah pengisytiharan kebankrapan ini serupa dengan Bab 11 di Amerika Syarikat. Secara teori, ia bermakna BBS mengalami penyusunan semula syarikat dan operasi masih diteruskan seperti biasa.

Jenama BBS diambil alih oleh NICE pada tahun 2015, dengan memiliki kekuatan 1,200 orang pekerja di Amerika Syarikat. 

Sebelum ini, BBS telah pun memfailkan bankrap sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2007 dan tahun 2011. 

BBS diasaskan pada tahun 1970 sebagai BBS Kraftfahrzeugtechnik AG di Schiltach, jerman sebagai sebuah syarikat rim aftermarket untuk para penala kereta, kereta sports, kereta lumba dan sebagainya. – agensi

Tags
Google ads
Back to top button