Artikel Pilihan

KABEL PENGECAS BERSEPADU ADALAH SANGAT OHSEM – TAK MAIN LA KABEL BERJUNTAI TU

Fiat baharu sahaja umumkan yang mereka akan memasang kabel cas semula bersepadu pada EV generasi baharu mereka. Ia bakal membolehkan proses cas semula bateri dilakukan dengan kemas dan teratur.

Model pertama yang akan menggunakan ciri baharu ini ialah Fiat Grande Panda 2025 yang dilancarkan tahun depan.

Kabel baharu ini akan dipasang dengan kemas pada bahagian belakang gril hadapan. Ia merupakan sebahagian daripada rancangan Fiat untuk menambah baik proses cas semula EV.

Carlos Tavarez, CEO Stellantis yang merupakan syarikat penaung Fiat menyatakan ini merupakan satu penyelesaian daripada mereka kepada kabel sebelum ini yang adakalanya tergantung sehingga mencecah lumpur sewaktu sedang digunakan.

Bayangkan korang menggunakan kereta yang kononnya serba canggih, boleh signal pakia niat, akan memanjangkan hayat dunia, canggih, boleh pikat janda dan teruna tapi tapi lepas siap cas kabel kena gulung balik campak dalam bonet. Kalau hujan basah. Kalau kena lumpur lagi la comot. Teknologi tinggi apa macam tu.

Contoh terbaik ialah penyedut hampagas. Dulu kena gulung sendiri kabel tapi sekarang main tekan butang je terus kabel digulung kembali secara automatik. Bukan canggih sangat tapi sangat bijak.

Ia akan dilancarkan di Eropah awal tahun depan tapi kabel baharu ini hanya boleh digunakan pada pengecas AC dengan kelajuan 7.4kW. Tambahan jarak 200 kilometer makan masa hampir 4 jam 10 minit.

Nak hebat lagi boleh je naik taraf bateri ke 44kWh dan guna port cas berasingan yang dipasang pada bahagian sisi kereta. Yang ni laju sikit, 100kW.

Google ads
Back to top button