Artikel Pilihan

CANTIK KAN FIAT PANDA HIBRID NI. HMMMMM

Melihatkan paras rupa Fiat Panda generasi baharu ini pasti ramai yang bersetuju bahawa ianya merupakan sebuah kereta bandar yang comel tapi masih lagi kelihatan elegan. Nah, kali ini Fiat mendatangkan pula Fiat Panda Hibrid. Baru cukup ideal untuk bergelar sebuah kereta bandar yang ideal.

Menariknya, inilah dia model pertama daripada Kumpulan FCA dalam kategorinya yang diberikan teknologi hibrid selain daripada model Fiat 500. Kedua dua model hibrid Fiat Panda dan Fiat 500 bakal berada di pasaran pada bulan Februari dan Mac ini.

Sudah tentu dengan pengenalan model ini akan merevolusikan semula kereta bandar hibrid sekaligus menjadikan tanda aras yang baharu bagi model hibrid keluaran Eropah terutamanya.

Rupa luaran Fiat Panda Hybrid ini menggunakan iras daripada model Cross, sebuah model Panda yang dilengkapi dengan pacuan empat roda. Jikalau model Cross menggunakan warna yang fancy, untuk model hybrid ini ianya menggunakan warna istimewa, Green Dew. Sekali tengok macam warna Kelisa Imago. Kan?

Bahagian kabin Fiat Panda Hybrid yang comel ini turut diinteragasikan dengan warna yang sama pada papan pemuka. Tenang aja melihatkannya. Tak ada padanan warna yang fancy. Menurut Fiat, warna tersebut lebih menjurus ke arah alam semulajadi. Kata kereta hibrid kan. Susun atur tampak agak minimalis. Tiada skrin sesentuh sebagai sistem infohiburan. Bolehlah nak dengar siaran radio tempatan. Cumanya tersedia alat untuk memegang telefon pintar milik sendiri. Bolehlah guna gadjet sendiri. Setidaknya tak perlu lagi nak pergi beli phone holder di Mr DIY. Konon nak beli benda tu satu je, sekali tah macam – macam benda sauk masuk bakul. Pensel warna anak, sudip, pewangi kereta dan juga model mainan RMZ City.

Menggerakkan badan Fiat Panda ini adalah enjin yang bersesaran 1.2 liter yang turut dipadankan dengan sistem hibrid sederhana melalui janaan kuasa bateri. Menariknya, Fiat mendakwa emisi CO2 Fiat Panda ini 30% lebih rendah berbanding model sedia ada. Cuma sayangnya hanya kotak gear manual enam kelajuan sahaja yang ditawarkan.

Jikalau dilihatkan kepada trend terkini pemilikan sudah pasti model yang bergaya seperti ini tidaklah susah untuk menemui pembeli. Sayangnya model yang cantik dan bergaya sebegini tidaklah dijual di tempat kita. Hmmmmm.

BACA : FIAT PANDA (MACAM PANDA) DAN MENANG ANUGERAH 4X4 2019

BACA : FIAT 500 STAR WARS

Tags
Google ads
Back to top button