Buletin

ENJIN GAGAL BERFUNGSI, BAYI BARU LAHIR MENDARAT GUNA PAYUNG TERJUN

Sebuah video dramatik merakamkan pesawat kecil yang membawa enam orang termasuk seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dan bayi baru lahir mendarat menggunakan payung terjun.

Situasi berkenaan terjadi ketika enjin tunggal kapal terbang Cirrus SR22 gagal berfungsi selepas berlepas dari Lapangan Terbang Pampulha di Belo Horizonte, Brazil.

“Juruterbang melaporkan kehilangan kuasa enjin semasa penerbangan, cuba kembali ke lapangan terbang dan mengaktifkan CAPS,” kata Persatuan Pemilik dan Juruterbang Cirrus.

Juruterbang menggunakan payung terjun serta menarik pemegang CAPS pada siling pesawat sebaik sahaja mencapai ketinggian minimum.

“Seluruh anak kapal berada dalam keadaan selamat,” jelas Jabatan Bomba Tentera Minas Gerais.

Menurut Air Data News, pesawat itu dikeluarkan pada 2022, milik Bradesco Leasing e Arrendamento Mercantil tetapi dikendalikan oleh Volare Equipamentos Aéreos.

Menerusi laman web juruterbang Cirrus, penggunaan payung terjun adalah penyelamatan yang ke-122, dengan 249 orang terselamat dalam kecemasan menggunakan sistem itu.

Google ads
Back to top button