Buletin

FLUX TAWAR LANGGANAN MOTOSIKAL DAN SKUTER – BAYARAN BULANAN BERMULA RM291

Flux Malaysia kini menawarkan perkhidmatan langganan motosikal berdasarkan deposit dengan tempoh langganan antara 24 hingga 60 bulan.

Selain itu, pengguna juga bakal ditawarkan pilihan untuk membeli pada akhir langganan.

Flux menawarkan beberapa model dua roda iaitu Yamaha Y15ZR, 135LC, Honda RS150R, Wave 125i dan skuter elektrik Blueshark R1, R1 Lite serta Vespa LVX150.

Pelanggan boleh memilih satu daripada tiga pelan yang ditawarkan iaitu 24, 26, atau 60 bulan dan pakej perbatuan 2,000km, 2,750km atau tanpa had.

Setelah itu, tempahan hanya perlu dibuat melalui atas talian bagi tujuan pembayaran deposit sebelum motosikal atau skuter pilihan pelanggan dihantar dalam tempoh tujuh hari.

Yuran langganan bulanan merangkumi insurans, cukai jalan, servis penyelenggaraan serta penggantian item terpilih. Pelanggan hanya perlu membayar untuk pad brek atau cakera dan tayar.

Pada akhir tempoh langganan, pelanggan boleh memulangkan motosikal atau memilih untuk membeli.

Menariknya, pelan itu juga membolehkan pelanggan menukar antara motosikal dan kereta yang disediakan oleh Flux.

Google ads
Back to top button