Artikel Pilihan

MITSUOKA RYUGI – KERETA MODEN DENGAN GAYA KLASIK

Sekali imbas kereta ini kelihatan mempunyai persamaan paras rupa yang hampir serupa dengan kereta yang lahir di era 50an / 60an. Rupanya tersangatlah klasik. Mungkin diantara kita pernah mengenali pembuat yang khusus dengan rupa yang sebegini. Inilah dia Mitsuoka Ryugi, sebuah kereta moden dengan gaya klasik.

Sedikit sejarah untuk kita imbas, Mitsuoka Motors ini merupakan sebuah entiti dari Jepun yang sangat terkenal dalam menghasilkan semula kereta moden kepada sebuah kereta retro dan klasik, persis kereta buatan British di era 50an / 60an. Firma yang beroperasi di Toyama City ini, cukup terkenal untuk menjadikan beberapa model dari Jepun sendiri Nissan & Toyota misalannya untuk meng-kustom-kan kereta moden kepada kereta yang mampu mengimbau zaman muda atok dan nenek di Jepun. Budaya meng-retro-kan ini juga dapat dilihat kepada pembuat lain seperti penghasilan Daihatsu Mira Gino.

Jadi, model apakah yang dihasilkan daripada Mitsuoka Ryugi ini sebenarnya? Nissan Sunny? Toyota Vios? Sebenarnya model Ryugi ini dibina berasaskan model Toyota Corollo Axio atau pun di tempat kita orang panggil Toyota Altis. Untuk menjadikan ianya sebuah kereta yang retro, penggunaan gril jenis menegak dan besar serta dua lampu utama bulat yang mengapit gril tersebut telah digunapakai. Ditambah pula dengan bampar hadapan krom di bahagian bawah. Barulah kelihatan benar – benar retro.

Perubahan kosmetik turut berlaku pada bahagian belakang dengan penggunaan lampu jenis klasik turut digunakan disamping kemasan krom pada bahagian bawah bampar belakang.

Ryugi ini telah menggunakan enjin yang bersesaran 1.5 liter dengan pilihan kotak gear manual ataupun CVT dengan pacuan semua roda. Cukuplah. Kata kereta klasik. Bukannya untuk dipandu laju serupa orang gila kan. Pandu perlahan pusing pusing bandar pun pasti ramai mata yang memerhati tak berkerlip.

Manakala khusus untuk yang sudah berkeluarga, pilihan Wagon untuk model Ryugi ini turut ditawarkan. Terima kasih kepada Toyota kerana turut mempunyai model Toyota Fielder yang juga merupakan Altis versi wagon. Mudah sungguh kerja si Mitsuoka ini.

Oh ya lupa pula nak beritahu. Sejajar dengan perubahan zaman, kereta moden dengan rupa klasik ini juga sebenarnya turut didatangkan versi Hibird. Amacam? Menarik bukan?

BACA : BENTUK PELIK TAPI LARIS – MITSUOKA -MIATA-CORVETTE

BACA : KELISA GINO

Google ads
Back to top button