Motosikal

MUZIUM TOP MOUNTAIN CROSSPOINT MOTORCYCLE MUSNAH. 230 MOTOSIKAL BERSEJARAH, KERETA KLASIK HANGUS

Muzium Top Mountain Crosspoint Motorcycle terletak di Timmelsjoch Pass, Austria yang menempatkan lebih 230 motosikal bersejarah serta kereta klasik musnah dilijat api pada awal pagi 18 Januari lalu.

Bangunan penuh khazanah terbabit dibuka pada tahun 2016 oleh dua adik-beradik Alban dan Attila Scheiber berdekatan sempadan Austria dan Itali itu menjadi ‘rumah’ bagi lebih 230 motosikal bersejarah, replika serta kereta vintaj rare.

Menurut Fire World, pihak bomba menerima panggilan daripada pekerja muzium berkenaan kira-kira pada pukul 4.30 pagi.

Salah seorang daripada pekerja itu cuba memadamkan kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api tetapi terpaksa bergegas keluar dari bangunan disebabkan asap terlalu tebal.

Ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian, siling bangunan mula marak dengan api malah struktur muzium diperbuat daripada kayu menyebabkan api merebak dengan pantas.

Dalam tempoh kurang dua jam, seluruh bangunan terbakar walaupun terdapat usaha memadam kebakaran.

Kira-kira 60 anggota bomba terlibat dalam pemadaman kebakaran dengan menggunakan meriam air dan peniup salji dalam usaha memadamkan api yang marak.

Difahamkan, tidak ada satu pun kenderaan di dalam bangunan dapat diselamatkan malah tiada kecederaan dilaporkan.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian serta kerosakan masih belum dilakukan kerana tidak pernah berdepan dengan ‘khazanah’ berharga seumpama muzium itu. – autoevolution

Google ads
Back to top button