
NISSAN BANGUNKAN TEKNIK BARU UNTUK HASILKAN ALAT GANTI KERETA KLASIK
Kereta klasik sememangnya mempunyai peminat tersendiri dan jumlah mereka semakian bertambah setiap tahun.
Walaupun kereta itu cantik dan menjadi kebanggaan pemiliknya, mencari atau mendapatkan alat ganti cukup mencabar, terutama untuk model-model yang kurang popular.
Sedar tentang perkara tersebut, Nissan didakwa telah membangunkan satu teknik yang dikenali sebagai dual-sided dieless forming (DDF). Teknik DDF dikatakan cukup fleksibel, kos murah dan membolehkan alat ganti dihasilkan dalam masa lebih singkat.

Jadi, ia dilihat mampu menghasilkan alat ganti kereta yang tidak lagi Nissan keluarkan dalam jumlah sewajrnya secara komersial.
DDF kedengaran seperti rumit, tetapi teknik itu sebenarnya menggunakan dua buah robot yang diselarikan pada kedua-dua belah sekeping besi. Robot itu kemudian membentuk kepingan besi tersebut menggunakan peralatan yang disalut permata.
Walaupun nampak senang, cabaran sebenar adalah untuk memprogramkan robot berkenaan supaya dapat bergerak selari. Nissan memberitahu pihaknya berjaya menyelesaikan masalah itu dengan membina program canggih yang mampu mengawal kedua-dua buah robot dengan tahap ketepatan tinggi.
Nissan bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci, tetapi ada menyatakan bahawa teknik DDF bergantung kepada pembentukan sebelah bahagian (single-sided forming) yang menghadkan bentuk kompleks yang boleh dihasilkan.
Nissan juga tidak memberitahu bilakah ia akan mula menawarkan alat ganti yang dibina menggunakan teknik DDF. Namun, Nissan jelas komited dalam menyediakan alat ganti untuk kereta klasik, misalnya dengan pelancaran Nismo Heritage Parts sebelum ini.