Artikel PilihanMotosikal

MOTOSIKAL PETRONAS FP1 UNTUK DILELONG. JANGKAAN HARGA RM160K-187K

Pusat Lelong Silverstone yang berpangkalan di Warwickshire, UK akan membuka lelongan Foggy Petronas FP1 superbike pada bulan depan, bersempena dengan pertunjukan Race Retro di Stoneleigh Park.

Ini adalah satu daripada 150 unit FP1 yang pernah dihasilkan. Motosikal ini keluar dari stor simpanan dan masih baru dengan hanya 7 km perbatuan. Ia juga telah diservis penuh dan pemeriksaan keselamatan serta bateri baru.

Mesin keluaran tahun 2003 dijangka akan dilelong pada harga antara £30,000 (RM160K) hingga £35,000 (187K) dan ia siap untuk didaftarkan untuk kegunaan jalan di UK (jika anda mahu menunggangnya)

Motosikal ini juga telah mengalami kerja-kerja pemulihan penuh pada struktur badannya dan direstorasi oleh pembuat mesin asal. Kombinasi komponen kualiti, reka bentuk futuristik dan cat yang menarik menunjukkan FP1 masih kelihatan hebat pada hari ini.

BDalam kenyataan yang dibuat oleh pelelong juga “Kesemua peralatan elektronik berfungsi sepenuhnya dengan tekanan minyak yang baik.

“Ini adalah yang paling menarik dan hebat untuk peminatnya dan pengumpul lagenda bersejarah. Tidak mungkin anda akan melihat satu lagi sepertinya yang datang lengkap dengan dokumentasi Jenis Kelulusan dan NOVA.

“Motosikal ini akan diberikan nombor lelongan seminggu dari hari ini dan mereka yang ingin maklumat lanjut boleh melawat www.silverstoneauctions.com.

Meninjau semula pada tahun 2006, Editor Sukan MCN, Michael Guy, menjadi satu-satunya wartawan yang telah menunggang Superbike Dunia FP1. Beliau kemudian diberi peluang untuk menunggang satu daripada dua mesin pengeluaran yang terdapat di Eropah pada masa itu di jalan raya pada tahun 2012 di Switzerland.

https://www.mekanika.com.my/motosikal/misteri-petronas-fp-1-superbike-pertama-malaysia-yang-ditelan-sejarah

Bercakap dalam ujian jalan asalnya, wartawan WSB itu berkata: “Walaupun pasukan perlumbaan mempunyai masalah brek enjin, prestasi FP1 di jalan raya sangat menakjubkan terutamanya di selekoh.

“Kekurangan brek enjin sangat ketara sehingga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri, dengan memerlukan penggunaan brek belakang untuk membantu mendapatkan pengendalian yang seimbang.

“Chasis FP1 terasa tegar, tetapi masih banyak sumbangan dari suspensi Öhlins yang digunakan walaupun ketika menunggang dalam cuaca sejuk- kurang dari empat darjah selsius.”

Google ads
Back to top button