Buletin

FORD BAKAL LABUR RM84 BILION UNTUK PERALIHAN PENUH EV?

Pengeluar kenderaan, Ford dikhabarkan bakal melabur sebanyak AS$20 bilion (RM84 bilion) untuk peralihan penuh kepada elektrifikasi.

Difahamkan, Doug Field yang merupakan bekas ketua mengendalikan projek kereta Apple akan mengetuai strategi berkenaan.

Menurut laporan Bloomberg, usaha itu bakal menyaksikan Ford membelanjakan dana tersebut dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang untuk memastikan kilang di seluruh dunia memenuhi pengeluaran kenderaan elektrik (EV).

Sumber dalaman memberitahu perancangan berkenaan merangkumi pengambilan jurutera baharu yang memiliki kepakaran pengkhususan dalam beberapa cabang pembangunan EV.

Ia termasuk perisian komputer,  kimia bateri dan kecerdasan buatan (AI).

Ketua Pegawai Komunikasi Ford, Mark Truby berkata syarikat pengeluar itu sedang melaksanakan rancangan Ford Plus untuk mengubah syarikat dan berkembang maju dalam era baharu EV.

“Kami tidak akan memberi komen berhubung spekulasi,” katanya. –carbuzz

Google ads
Back to top button