Buletin

BIMBANG WIPER TIDAK BERFUNGSI. 170,000 UNIT TRAK RAM KENA RECALL

Lebih 170,000 unit trak Ram dipanggil semula berikutan isu dengan wiper jentera terbabit.

Notis panggilan semula itu dikeluarkan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) mengatakan bahawa sambungan pada wiper yang tidak dibentuk dengan betul boleh mengakibatkan ia tertanggal.

Pengeluar kenderaan telah menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan pada 17 November tahun lalu selepas memantau terdapat peningkatan dalam tuntutan waranti yang dibuat mengenai wiper tidak boleh beroperasi.  

Sebanyak 107,864 model Ram 2500 yang dibangunkan pada April 27 tahun 2019 dan Mac 2020 termasuk beberapa model lain terlibat dalam kempen panggilan semula terbabit.

Secara keseluruhan, sebanyak lebih 171,789 unit kenderaan yang terkesan akibat panggilan semula.

Fiat Chrysler Automobiles (FCA) US mengesahkan akan memaklumkan kepada para pengedar dan pemilik kenderaan berhubung panggilan semula itu sekitar 18 Mac ini.

Para pelanggan akan diarahkan membawa kenderaan mereka di pengedar-pengedar berdekatan untuk mengetatkan semula nat wiper.

FCA akan membayar semula para pemilik yang telah membayar untuk menyelesaikan isu berkenaan – carscoops

Google ads
"
"
Back to top button