Artikel Pilihan

FORD PUMA RALLY1 – PENGGANTI FORD FIESTA WRC

Umum sememangnya sudah mengetahui tentang pengenalan dan pembuatan model Ford Puma untuk dijelmakan sebagai jentera Rally1, menggantikan model Ford Fiesta WRC yang sudah tamat jangka hayatnya sebagai sebuah jentera rali.

Sungguh pun Ford Puma bukanlah model jalanan yang berkuasa dan handal seperti Hyundai i20 N dan juga Toyota GR Yaris untuk dijadikan sebagai asas Rally1, pasti M-Sport Ford mempunyai asbab yang tersendiri. Yang pasti, pengenalan Ford Puma Rally1 ini akan mampu melonjakkan nama dan juga jualan hendaknya model Crossover Ford Puma ini.

Yang pasti kerjasama utuh diantara M-Sport dan juga Ford bukanlah benda baru. Telah lama mereka berlumba bersama. Sudah tentu kita mengenali jentera WRC mereka yang handal seperti Ford Focus WRC dan juga Ford Fiesta WRC. Tujuh kejuaraan WRC dan lebih daripada 1500 kemenangan podium yang berjaya diraih.

M-Sport Ford World Rally Team bakal membariskan tiga buah jentera bagi mengharungi musim WRC 2022 yang bakal dipandu oleh Craig Breen, Adrien Fourmaux serta Gus Greensmith dengan debut Ford Puma Rally1 ini pada rali Monte Carlo. Dan sebagai bonus tambahan, jentera keempat turut bakal beraksi di Monte Carlo dengan pemandu lagenda, Sebastian Loeb bakal membuat penampilan istimewa. Sebagai maklumat tambahan, Sebastian Loeb dilihat agak sinonim dengan Monte Carlo apabila beberapa kali pernah memenangi perlumbaan.

Walaupun ianya dibangunkan dengan rupa Ford Puma, namun jentera Rally1 ini ternyata kelihatan bergaya dan garang untuk muncul sebagai sebuah jentera rali. Apatah lagi Ford Puma Rally1 ini menggunakan rekaan corak grafik ala elektrik di badan jentera ini. Paling menyerlah sudah tentulah apabila logo Red Bull turut ditampal di bahagian kiri dan kanan badan jentera Ford Puma Rally1 ini. Seolah mengimbau jentera Ford Fiesta WRC yang pernah dipandu oleh Sebastian Ogier suatu ketika dahulu.

Data Teknikal Ford Puma Rally1

Technical specification

  • Internal combustion engine (ICE)
    • Ford 1.6-litre EcoBoost, pengecas turbo
    • Max power: 380 hp
    • Max torque: 420 Nm
    • Engine Restrictor: 36 mm
  • Sistem Bateri Elektrik Max boost : 100 kW
    • Input: 30 kW
    • Jangka masa boost maksima : 3 seconds
    • Boost maksima kuasa setiap pecutan: 250 kJ (ditentukan oleh FIA mengikut jarak SS dan juga jenis permukaan)
    • Berat: 95 kg
    • Penyejukan: Cecair dan juga udara
  • Gabungan Trenkuasa & Sistem Bateri
    • Max kuasa: > 500 hp
    • Max tork: > 500 Nm
  • Transmisi
    • Kotak gear manual lima kelajuan berjujuk
    • 50/50 tork split pacuan empat roda
    • Perbezaan gelincir terhad mekanikal hadapan dan belakang
    • Spool centre differential
    • Klac sintered plat berkembar
  • Brek
    • Gravel: 300 mm brek cakera
    • Tarmac: 370 mm brek cakera
    • Angkup empat omboh
  • Prestasi
    • 0-100 km/h: ~ 3.2 saat
  • Berat dan Dimensi
    • Berat Minimum : 1,260 kg
    • Titikroda: 2,600 mm

BACA : SAHIH! SEBASTIAN LOEB MEMBUAT KEMUNCULAN SEMULA WRC BERSAMA M-SPORT FORD

BACA : SELAMAT TINGGAL FORD FIESTA WRC

Google ads

B K

Back to top button