Artikel Pilihan

TAYAR KERETA TAK TAHAN LAMA? TAYAR KAPAL TERBANG LAGI LA SEKSA NAK JAGA

Tayar merupakan salah satu elemen yang digunakan oleh kapal terbang tetapi pada kebanyakan masa penumpang tidak menyedari dan menghargai kewujudannya. Walaupun hanya digunakan seketika sahaja semasa mendarat, tetapi kadar kehausan tayar sangat tinggi dan jangkahayatnya adalah pendek.

Tayar digunakan sewaktu kapal terbang mulai mendarat, push back daripada gate, ke taxi dan juga digunakan sewaktu berlepas. Sebagai contoh Boeing 737 Max 9 direka dengan berat mencecah 74,389kg ketika mendarat dengan halaju pesawat mencapai 210km/jam sebaik sahaja tayar mencecah landasan

Menurut perangkaan Air Canada, tayar yang dipasang pada pesawat mereka boleh bertahan dalam 300 ke 450 kali pendaratan sebelum perlu ditukar dan angka ini bergantung pada jenis pesawat dan keadaan permukaan landasan. Malah semua tayar akan diperiksa dan keadaan tayar akan direkodkan.

Sebagai contoh Boeing 777 dipasang sehingga 12 unit tayar dengan setiap tayar mencapai berat melebihi 120kg. Setiap tayar akan direkod, difailkan dan kitaran tayar akan diperiksa oleh pasukan penyelenggaraan.

Tayar utama yang berada di belakang boleh bertahan 300-450 manakal tayar di bahagian muncung bertahan dalam 200-350 kali pendaratan sahaja. Kalau ikutkan jarak penggunaan tayar ini, mana mungkin tayar pesawat boleh rosak dengan cepat.

Tetapi jika diperhatikan dengan teliti, ada beberapa perkara menarik semasa tayar beroperasi

1. Menerima impact load yang tinggi semasa mendarat dengan berat pesawat mencecah 74,389kg dan bersentuh dengan permukaan jalan ketika halaju pesawat mencapai 210km/jam dan diakhiri dengan brek yang membebankan tayar. Brek juga akan menyebabkan suhu tayar meningkat naik dengan mendadak

2. Tayar disimpan dalam fiuslaj semasa pesawat tebang di udara dan suhu di luar mencecah -57 darjah Celcius selepas berlepas. Semakin tinggi pesawat terbang, tekanan semakin rendah. Keadaan ini memaksa tayar pesawat diisi dengan menggunakan gas nitrogen 100%.

3. Ini kerana gas nitrogen tiada kandungan kelembapan dan tidak akan bertukar menjadi cecair sehinggalah suhu mencapai -173 darjah Celcius. Jika kebocoran berlaku dan tayar meletup, gas Nitrogen juga tidak akan terbakar

4. Gas Nitrogen juga adalah gas lengai yang tidak bertindakbalas dengan getah dan unsur lain dalam tayar. Kebanyakan tayar pesawat akan diisi dengan gas nitrogen dengan tekanan mencapai 230psi (per square inch) berbanding dengan kereta penumpang yang hanya diisi dengan udara pada 30psi sahaja.

Kitaran operasi yang ekstrim ini menjadikan jangka hayat tayar pesawat menjadi pendek. Tapi yang bagusnya tayar pesawat sebenarnya disewa daripada Goodyear, Michelin atau Bridgestone yang akan memberikan satu nombor siri pada setiap tayar.

Setiap tayar akan memiliki rekod jangka masa digunakan, berapi kali telah dilakukan proses pembinaan semula tayar (retreading), dan jumlah pendaratan yang digunakan bagi menentukan bilakah tayar perlu diservis semula.

Tayar kapal terbang akan dibina semula dengan membina grooves atau longkang baru bagi membolehkannya bergolek dengan pantas dan menyingkirkan air hujan ke arah belakang. Malangnya tayar kapal terbang tidak boleh digunakan ketika salji

Tayar yang disewa oleh syarikat penerbangan ini akan dibayar berdasarkan asas per landing basis. Apabila mencapai kitaran maksimum, tayar ini akan dihantar semula kepada pengeluar untuk dibina semula. Sesetengah tayar seperti Michelin menyatakan yang tayar mereka boleh dibina sehingga 7 kali.

Google ads
Back to top button