Artikel Pilihan

ATLAS APC ADALAH KENDERAAN TENTERA UNTUK ORANG AWAM – MACAM NI BARULAH SELAMAT NAK KELUAR BELI BELACAN

Trak pikap moden dan SUV memang kebanyakannya dihasilkan agar kelihatan rugged dan lasak. Hakikatnya sebahagian besar cuma gah pada penampilan dan tidak ada satu pun yang mampu menyaingi kemampuan sebuah trak tentera sebenar. Di sinilah munculnya Atlas APC yang dihasilkan oleh Goat Tactical Vehicles USA. Ia merupakan trak spesifikasi tentera khas untuk orang awam (yang mampu la). Kini anda akan lebih selamat semasa keluar membeeli bawang.

Tengok bahagian luaran dah nampak keseriusan Atlas APC ni. Ia memang hampir serupa kalau dibandingkan dengan jentera Oshkosh Defense JLTV yang kini dioperasikan oleh US Army dan Marin sebagai pengganti Humvee. Menariknya Atlas APC ini boleh dibeli oleh individu dan sah dipandu di jalan raya.

Selain bahagian badan yang berotot, tingkap-tingkap kecil, ruang storan tambahan, tayar gentian pada bahagian bumbung, port khas untuk senjata dan pilihan untuk tapak turet mesingan, keseluruhan SUV ini memang menarik perhatian. Nampaknya macam diktator pun ada kalau guna untuk anak sekolah. Hahaha, kurang ajar pulak ayat kan?

Tengok dari gambar pun rasanya korang dah dapat agak yang SUV ini sebenarnya raksaksa kalau dibandingkan dengan SUV lain. Ia mempunyai panjang keseluruham 6,235mm, lebar 2,540mm dan setinggi 2,845mm dengan kelegaan bumi 340mm. beratnya? Hmm boleh tahan. 7,800kg ataupun 7.8 tan. Tak boleh la pakai lesen D kalau macam ni.

Kenapa berat sangat ni? Ingat tak kami cerita betapa selamatnya naik kenderaan ini untuk beli bawang? Ya sebahagian besar berat itu ialah kerana ia dilengkapi dengan perisai logam kalis peluru tahap B6. Ia boleh dinaikkan ke tahap B7 berdasarkan permintaan.

Ciri keselamatan lain termasuklah sistem kunci tempur, perisai EMP, tayar run-flat, siren dan sistem PA, perlindungan tambahan untuk enjin dan radiator selain penggunaan kaca balistik 3 inci untuk keseluruhan cermin dan tingkap.

Bahagian dalaman menggunakan dashboard yang diambil dari Ford F-Series dengan kabin yang mampu memuatkan 12 penumpang bergantung kepada konfigurasi. Nak custom jadi kabin VIP pun boleh.

Kalau korang jenis guna untuk punggah kargo macam kain tudung ataupun kosmetik timbang kati baik pilih setup yang lebih asas. Ia mampu membawa kargo seberat 1.5 dalam satu masa.

Besar-besar macam ni pakai enjin apa? Minyak kuat tak? Kalau kau tanya soalan macam ni memang abnag lempang kau dik. Dah namanya kenderaan tentera takkanlah nak pakai enjin 1.5 liter dengan ciri penjimatan minyak. Jangan mimpi la. Ia dikuasakan enjin Ford 6.7 liter V8 berkuasa disel yang mampu menghasilkan 330hp kuasa dan tork maksima setinggi 1,017Nm!

Kuasa tersebut kemudiannya disalurkan ke kesemua empat roda menggunakan kotak gear automatik sepuluh kelajuan. Setangki penuh bahan api bolehkan kenderaan ini bergerak sejauh 644 kilometer sebelum perlu singgah di stesen minyak.

Google ads
"
"
Back to top button