Buletin

TULAR VIDEO TOYOTA SUPRA MK4 GUNA RODA LUTSINAR – DEMI CONTENT!

Dalam era media sosial, di mana cabaran pelik menguasai pelbagai platform, dunia automotif juga tidak terlepas daripada mengejar kemasyhuran viral.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok, Toyota Supra Mk4 dipadankan dengan roda lutsinar. Ia sekali gus membuatkan orang ramai keliru dan tertanya-tanya mengenai kepraktisan roda lutsinar berkenaan.

Video itu dikongsi oleh pengguna @rota.do.caos dan menurutnya, roda itu berkemungkinan diperbuat daripada akrilik atau polikarbonat iaitu jenis plastik tahan lasak.

Jika kaca tulen digunakan, cakera yang rapuh itu mungkin akan berkecai semasa pemasangan lug nut.

Di ruangan komen, seorang pengguna berpendapat ia sangat merbahaya kerana ketiadaan tayar selain faktor ketebalan roda menyebabkan Supra berasa seperti meluncur di permukaan ais.

Dari video itu, boleh dilihat bahawa stereng dan brek hampir tidak berkesan namun bukan itu dimahukan oleh pempengaruh media sosial.

Video seperti ini mungkin kelihatan remeh pada pandangan pertama, tetapi pempengaruh sering cemerlang dalam menjana tontonan dan mencetuskan perbincangan.

Dalam hal ini, Toyota Supra menampilkan roda lutsinar sememangnya memenuhi tujuannya.

Google ads
Back to top button