Artikel Pilihan

SEBELUM PROTON X70, GEELY PERNAH BINA KERETA BURUK YA ROBBI – FENGYIN CONCEPT

Semua pengeluar kenderaan mempunyai sejarah masing-masing. Kalau dilihat pada Jerman, ia berdasarkan kepada transisi teknologi yang berkembang setiap 10 tahun berikutnya dan mencipta era rekabentuk berbeza-beza. Namun pada pertengahan 90-an hingga sekarang, evolusi pembuat kereta tidak banyak berubah dari segi rekaan secara keseluruhan.

Kemudahan membuat simulasi dengan teknologi komputer membolehkan syarikat menjimatkan berjuta ringgit dari sudut R&D, membuat clay model, konsep dan juga prototaip.

BACA: 10 MODEL KONSEP YANG MENARIK

Ya. Komputer telah membantu “menyingkirkan” rekaan-rekaan yang tidak boleh diterima orang akhirnya.

Namun, agak menarik bila membicarakan syarikat China yang satu ini. Hari ini, Geely menerima sanjungan tinggi atas kejayaan Proton X70 dan juga manfaat di atas kerjasama mereka dengan Volvo. Namun tidak lama dahulu, mereka pernah menghasilkan kereta konsep yang tak boleh dimaafkan oleh manusia yang waras.

Dan ia bukanlah dihasilkan pada 1960. Sebalik nya, ini design tahun 2006 – hanya 13 tahun dahulu.

BACA: PANDU UJI PROTON X70

Sebagai perbandingan, pada 2006, Proton sudah ada Proton Waja, Gen2 dan Persona yang lebih menyerupai sebuah kereta berbanding dengan yang ini – Geely Fengyin Concept.

Walaupun hanya sebagai model konsep, Fengyin telah dipamerkan di Pameran Beijing Motorshow tahun yang sama 2006.

Entah bagaimana rasanya perasaan pengunjung ketika itu. Kalau Abang Japar berada di sana waktu itu, nescaya website mekanika tidak wujud pada hari ini. Abang Japar mungkin sedang menjalani hukuman penjara kerana menyebabkan kebakaran di dewan pameran Beijing Motorshow.

Model konsep bukanlah sesuatu yang asing, tetapi membina sesuatu seperti Fengyin ini ibarat kemahiran menggunakan apa yang disebut – otak letak kat lutut.

Ya. Ia dihasilkan oleh Geely ketika itu yang tiada apa-apa. Nak kata macam peti sejuk pun tidak, nak kata macam Piramid pun ya juga. Mungkin sesuai diletakkan nama Fengyin Firaun atau apa apalah.

BACA: ISUZU SUPERCAR CONCEPT – 4200R

Makin lama menulis makin baran jadinya ni.

Apa yang menarik pada waktu itu, Geely mendakwa bahawa kereta ini didatangkan dengan ciri arahan suara – waktu ini, ia hanya untuk arahan membuka pintu gunting yang nampak pelik itu.

Ruang dalamannya seakan direka oleh pelajar Giat Mara yang dibuang kolej kerana mencuri peralatan atau jurutera yang tertelan sekilo ketum. Ia sangat huru hara dan nampak amcam projek last minute, sebelum dipaksa masuk ke pameran Motorshow.

Tapi. itu kisah 13 tahun dahulu. Sekarang, Geely dipenuhi oleh barisan jurutera dan pereka dari seluruh dunia – kebanyakannya dari Eropah yang sangat menitikberatkan nilai dan gaya bahasa rekaan.

Dan hari ini kita dapat lihat kereta yang sangat cantik seperti LYNK&CO 01/02 dan juga rangkaian kereta Geely/ Volvo sendiri.

Dan apa yang lebih menarik lagi, Abang Japar rasa Elon Musk mendapat idea dari Geely Fengyin huru hara ni untuk bina Tesla Cybertruck.

Ya. idea yang buruk satu ketika dulu mungkin jadi ilham yang bagus pada hari ni. Lebih-lebih lagi kalau yang buat tu Tesla – ia akan dilihat sebagai revolusi.

Kalau yang buat macam ni Proton cybertruck, Ya Ampun, Abang boleh bayangkan selama 18 hari 18 malam masyarakat dunia akan mengutuk dengan menggunakan segala sumber mereka yang ada.

GALERI

Google ads
Back to top button