Buletin

GENESIS GV60 DILENGKAPI TEKNOLOGI PENGIMBAS WAJAH

Tidak perlu lagi menggunakan fob kunci ataupun telefon pintar untuk membuka kenderaan anda.

Genesis GV60 bakal memperkenalkan teknologi Face Connect yang berupaya kenderaan mengenali wajah pemilik untuk membuka atau menutup pintu kenderaan tanpa menggunakan kunci pintar.

Bukan itu sahaja, teknologi baharu tersebut juga mampu meningkatkan keselesaan dengan menyesuaikan kerusi dan stereng mengikut profil pemandu secara automatik.

Paparan head-up, cermin sisi dan pengaturan infotainmen juga dapat diselaraskan mengikut kesesuaian secara automatik berdasarkan pengaturan disimpan pemandu.

Teknologi baharu itu menampilkan ciri kamera infra merah yang boleh mengesan sama ada wajah disimpan pada sistem ketika waktu malam mahupun cuaca mendung.

Ia bermakna pemandu tidak perlu membawa kunci bersama mereka pada setiap masa kerana akan dikunci dengan menggunakan sistem pengenalan wajah.

Sebanyak dua wajah boleh disimpan pada sistem kenderaan dan profil baharu dapat dilakukan dengan menggunakan pembantu suara.

Perisian pengenalan wajah tersebut dapat berfungsi bersama pengimbas cap jari yang digunakan untuk menghidupkan enjin kenderaan.

Jentera GV70 juga dilengkapi teknologi pengimbas cap jari tersebut.

GV60 merupakan kenderaan elektrik pertama yang akan dinaiktaraf menggunakan teknologi pengenalan wajah dan pengimbas cap jari. –carbuzz

Google ads
Back to top button