Buletin

LEXUS, GENESIS, KIA JENAMA PALING DIPERCAYAI TAHUN 2022 – J.D. POWER

Saban tahun, J.D. Power akan menyenaraikan hasil kajian mereka berhubung tahap kebolehpercayaan jenama-jenama automotif untuk pasaran Amerika Syarikat.

Tidak mengejutkan apabila jenama Lexus mengungguli carta jenama yang paling dipercayai dengan skor 133, Genesis di tangga kedua (skor 144) diikuti Kia dengan skor 152 di tangga ketiga.

Selain daripada jenama Korea dan Jepun, dua jenama di bawah General Motors berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima teratas, iaitu Buick (159) dan Chevrolet (162).

Untuk model spesifik, J.D. Power menyenaraikan Lexus RX dan Toyota C-HR sebagai kereta yang paling dipercayai, sementara Kia mengungguli segmen kereta kompak dan saiz pertengahan menerusi model Forte dan Optima, diikuti Kia Sportage dalam kategori SUV kompak.

Untuk segmen kenderaan yang lebih besar, ia dipegang oleh Chevrolet Tahoe (SUV besar), Chevrolet Blazer (SUV saiz pertengahan), GMC Sierra (trak pikap saiz penuh tugas ringan) dan Toyota Tacoma (trak pikap saiz pertengahan).

Menduduki lima tangga tercorot dalam kajian J.D. Power ialah Mercedes-Benz (skor 240), Ford (249), Audi (252), Lincoln (259) dan Land Rover (273). – J.D. Power

Google ads
"
"
Back to top button