Buletin

GENESIS PANGGIL 65,000 KENDERAAN DISEBABKAN PRETENSIONER BOLEH MELETUP

Syarikat automotif mewah Korea Selatan memanggil semula 65,000 unit model yang terdiri daripada G80, GV60 dan GV80 disebabkan komponen pretensioner tali pinggang keledar yang boleh meletus sewaktu kemalangan berlaku.

Menurut info daripada agensi National Highway Traffic Safety Administration, letusan yang disebabkan oleh paip pretensioner bertekanan lampau itu boleh menyebabkan serpihan logam melayang di dalam kabin dan mampu mengakibatkan kecederaan kepada penumpang.

Setakat ini, tiada sebarang laporan berhubung kecederaan disebabkan oleh masalah yang dinyatakan.

Kempen recall ini diumumkan beberapa bulan selepas syarikat Hyundai memanggil kembali 239,000 unit kenderaan disebabkan masalah yang sama.

Tidak seperti Genesis, Hyundai melaporkan terdapat penumpang yang cedera disebabkan oleh masalah tersebut. – NHTSA

Google ads
Back to top button