Buletin

CUACA PANAS MELAMPAU. SAINTIS UAE CIPTA HUJAN ARTIFICIAL GUNA DRON

Para saintis di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencipta hujan buatan sendiri (artificial) dengan menggunakan teknologi dron.

Kaedah pembenihan awan itu menggunakan cas elektrik dari dron untuk memanipulasi cuaca sekali gus memaksa hujan di seluruh negara padang pasir berkenaan.

Pusat Meteorologi Nasional UAE baru-baru ini, mengeluarkan rakaman video hujan lebat di Ras al Khaimah dan beberapa kawasan lain.

Pembenihan awan itu menunjukkan bahawa teknologi telah terbukti berjaya.

Kerajaan UAE berharap kaedah baharu tersebut dapat membantu penghasila hujan dan mengurangkan gelombang panas tahunan negara terbabit. – CBS  

Google ads
Back to top button