Buletin

JUALAN GENESIS ATASI MERCEDES-BENZ, BMW DALAM SEGMEN PREMIUM DI KOREA SELATAN

Genesis menjadi jenama pengeluar kereta segmen premium paling laris di pasaran Korea Selatan mengatasi Mercedes-Benz dan BMW.

Penjualan industri auto mendedahkan, Genesis mencatatkan jualan sebanyak 60,006 unit dalam tempoh Januari hingga Julai di negara terbabit.

Dalam tempoh sama, sebanyak 41,583 unit kenderaan Mercedes-Benz terjual manakala BMW memperoleh jualan 29,246 unit.

Angka jualan Genesis menunjukkan peningkatan sebanyak 65 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Pada tahun 2016, pengeluar kenderaan itu mudah mengatasi Mercedes-Benz dan BMW dengan jualan sebanyak 66,278 unit.

Bagaimanapun, Mercedes-Benz meraih jualan tertinggi bagi tiga tahun terakhir sebelum dipintas BMW pada tahun 2017 dan 2018.

Mercedes-Benz sekali lagi menawan pasaran segmen premium pada tahun 2019 dengan jualan mencecah 78,133 unit kenderaan berbanding Genesis (56,801) dan BMW (44,191).

Pelancaran model GV80 pada bulan Mac lalu di pasaran tempatan, menjadi kunci kejayaan Genesis mendahului penjualan segmen premium.

Selain itu, penjualan G80 mencatatkan jualan memberansangkan sebanyak 28,993 unit pada separuh pertama tahun ini.

Model terbaharu seperti Genesis GV70 dan G70 facelift yang bakal memasuki pasaran sebelum hujung tahun dijangka meningkatkan lagi penjualan – carscoops.

Google ads
Back to top button