Artikel Pilihan

GR YARIS AP4 DIDEDAHKAN – INILAH DIA KERETA RALI YANG DINANTIKAN

Sesungguhnya Toyota dan perlumbaan rali bagai aur dengan tebing. Saling memerlukan antara satu sama lain. Dan akhirnya, model idaman lelaki akhir zaman, Toyota GR Yaris sah akan dijelmakan terlebih dahulu sebagai sebuah model rali AP4 apabila ianya didedahkan secara rasmi oleh Gazoo Racing Australia.

Ternyata pendedahan model GR Yaris AP4 ini dilihat agak mengejutkan juga apabila buat pertama kalinya, Gazoo Racing Australia begitu aktif dalam pembuatan model rali yang bakal digunakan kelak oleh juara Australia Rally Championship 2019 Harry Bates dan adik beliau Lewis Bates.

Kedua dua model AP4 ini kelak bakal berlumba di bawah pasukan Neal Bates Motorsport (NBM) yang mana ianya diketuai oleh bekas juara rali kebangsaan Australia sebanyak empat kali, Neal Bates sendiri. Sebenarnya sebelum ini pun mereka pernah berlumba dengan Yaris generasi sebelumnya yang dibina sendiri untuk dijadikan versi AP4. Barangkali pihak Gazoo Racing melihat projek indie sebelum ini sebagai sesuatu yang cukup berharga untuk dibangunkan sendiri oleh mereka pula.

Pada badan Toyota GR Yaris AP4 in jelas kelihatan ianya telah dipasangkan kit badan yang melebar. Sudah tentu ianya amat diperlukan apabila keempat empat tayarnya telah ditolak keluar. Menariknya juga apabila kit badan ini turut direka secara dalaman oleh Division Perancangan dan Produk oleh Toyota yang diketuai oleh Nic Hogios.

Jikalau sebelum ini Harry Bates berlumba menggunakan Yaris AP4 dengan penggunaan enjin daripada Vios 1.5 (Acah aja! sebenarnya menggunakan enjin Corollo 1.8 yang dikecilkan kepada 1.6 liter), kini ianya menggunakan enjin asal daripada model jalanan GR Yaris sendiri yang terbukti cukup berkuasa. Kelibat model ini dijangka dapat dilihat pada saingan rali Australia yang dijangka bermula pada Mac nanti sementelah saingan musim 2020 ini dibatalkan sepenuhnya,

Dalam pada itu, pihak Toyota nampaknya turut bercadang untuk memperkenalkan model istimewa, GR Yaris Rallye Edition pada tahun hadapan kelak untuk disambar oleh pencinta dunia kelajuan sebenar. BK pun sebenarnya dah menempah sebiji GR Yaris ni. Tomica lah tapinya pun.

BACA : TOYOTA VITZ AP4 – KECIL-KECIL SEMUT API

BACA : HOLDEN BARINA AP4 – KERETA RALI DARI NEW ZEALAND

Google ads

B K

Back to top button