Buletin

HONDA N-ONE 2021 MAKIN MANTAP PAKAI AKSESORI MUGEN

Pakar penala Honda, Mugen memperkenalkan aksesori untuk model generasi kedua Honda N-One yang memasuki pasaran Jepun beberapa bulan lalu.

Bahagian luaran jentera, Mugen menawarkan spoiler dagu bahagian hadapan yang unik mudah melekat pada bampar kereta standard kei dengan kemasan berwarna hitam berkilat.

Penambahan lain dalam menyerlahkan lagi sisi sporty luaran Honda N-One ini termasuk skirt sisi dan spoiler bumbung di bahagian belakang.

Selain itu, ia turut hadir dengan aloi forgedberdiameter 15 inci dari Mugen, aksesori ini bukan sahaja kelihatan sporty apabila dipadankan tetapi mampu mengurangkan berat pada jentera ini.

Bagi mempertingkatkan prestasi kereta comel ini, Mugen menjual sistem ekzos baharu khusus untuk N-One merangkumi tip dengan kemasan gentian karbon atau keluli tahan karat.

Mugen juga dalam perancangan menawarkan penapis udara prestasi tinggi dan dua rekaan penutup pengisi minyak  aluminium.

Ruang dalaman pula, peminat boleh memilih aksesori seperti karpet kaki, pedal unik malah tombol gear didatangkan dengan tiga pilihan iaitu gentian karbon, kulit dan aluminium.

Perincian lain yang boleh didapati termasuk pelekat-pelekat gentian karbon, lencana dan bolt mengikat nombor plat.

Honda N-One mendapat khidmat enjin 600 cc tiga silinder dengan pengecas turbo yang mampu menjana kuasa 63 hp. – carscoops

Google ads
Back to top button