Buletin

488 GT MODIFICATA ‘SENJATA’ LITAR TERBAHARU FERRARI

Ferrari mendedahkan ‘senjata’ litar terbaharu dikenali sebagai 488 GT Modificata.

Jentera edisi terhad ini dibangunkan menggunakan teknologi gabungan 488 GT3 dan 488 GTE.

Model 488 GT Modificata yang mendapat sentuhan gentian karbon pada bahagian badan dan bumbung aluminium ini hanya boleh digunakan ketika hari perlumbaan serta acara Ferrari Club Competizioni GT.

Ferrari mendakwa jentera terbaharu itu menggabungkan penyelesaian inovatif daripada 488 GT3 dan GTE malah kuasa tren juga tidak terikat kepada garis panduan FIA.

Ia mendapat khidmat enjin V8 turbocharge berkembar yang mampu menjana kuasa sehingga 700 hp lebih berkuasa berbanding varian GT3 dan GTE.

488 GT Modificata telah dirombak dari segi aerodinamik high downforce agar tekanan dapat disalurkan ke bahagian hadapan jentera dalam memastikan ia kurang sensitif ketika penukaran arah wing belakang.

Biarpun, perubahan ini mengorbankan pecutan ketika memecut pada jalan lurus tetapi ia memberi kelebihan apabila jentera dipandu dengan laju di selekoh-selekoh litar dengan cengkaman lebih padu.

Dari segi sistem brek pula, ia dibangunkan bersama Brembo menampilkan kaliper tork yang dipasang pada jentera perlumbaan dunia.

Selain itu, 488 GT Modificata dilengkapi sistem ABS yang dipinjam daripada 488 GT3 Evo 2020 tetapi dikhususkan untuk jentera terbaharu ini.

Kelengkapan standard termasuk V-Box yang dipadankan dengan sistem pemerolehan data telemetri Bosch, kamera video resolusi tinggi di bahagian belakang dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).

Memandangkan, jentera terbaharu ini edisi terhad, pengeluar Itali tersebut hanya menjual kepada pemandu yang pernah menyertai Competizioni GT dengan menggunakan Ferrari atau Club Competizioni GT. -carscoops

Google ads
Back to top button