Artikel Pilihan

MITSUBISHI XPANDER AP4 – SABAR MAS. MASIH LAGI DISIAPIN

Beberapa purnama sudah, Mekanika pernah berkongsikan tentang kemunculan model prototaip Mitsubishi Xpander AP4 dalam sebuah acara permotoran di Indonesia. Di awalnya model rali pertama yang diperbuat daripada chasis MPV itu dijadualkan berlumba pada awal September di New Zealand dengan pelumba Rifat Sungkar dikhabarkan bakal mengemudi MPV rali tersebut.

Namun ketika Rifat Sungkar dan Jurupandu M. Redwan membuat kemunculan di bawah nama Xpander Rally Team di New Zealand tempohari, ramai peminat rali termasuk Brader Karrager sedikit kecewa apabila Rifat Sungkar hanya berlumba dengan menggunakan Mitsubishi Evo 6 yang disewa di sana. Tiada kelibat Xpander AP4 atas jalanraya.

Melalui pengumuman yang dibuat, rupanya Mitsubishi Xpander AP4 tersebut masih perlu menjalani proses homologasi dan perlu mendapat pengesahan FIA terlebih dahulu sebelum dibenarkan berlumba di atas jalanraya. Model Mitsubishi Xpander AP4 tersebut telah dihantar kepada Ralliart New Zealand bagi menyiapkannya daripada sebuah kenderaan keluarga kepada jentera rali yang buas.

Menurut Pengurus Pasukan Xpander Rally Team, Julian Johan yang juga merupakan pelumba untuk pasukan One Motorsports Rally Team, pihak FIA terpaksa mengambil masa yang lebih lama untuk proses homologasi Xpander AP4 dek kerana ini merupakan MPV pertama yang ingin dijadikan sebuah jentera rali. Sudah tentu prosesnya lebih rumit. Segala kimpalan yang dibuat pada chassis pada model ini harus diperiksa keteguhannya demi memastikan jentera ini benar – benar selamat untuk berlumba kelak.

Ketika urusan homologasi di New Zealand sedang berlangsung, di Indonesia pula ujian aerodinamik serta kit badan yang digunapakai pada model prototaip Xpander AP4 ini turut dijalankan sendiri oleh Julian Johan. Prototaip ini membuat kemunculan istimewa sewaktu Kejuaraan Merdeka Speed & Sprint 2019 baru – baru ini dengan permukaan tanah menjadi medan ujiannya. Kemudiannya, model prototaip ini turut bakal diuji pada permukaan aspal pula kemudiannya.

Dijangkakan, Xpander AP4 asli bakal kembali ke Indonesia pada bulan Oktober usai selesai urusan homologasi. Mungkin kelibat MPV rali ini boleh dilihat untuk beraksi sepenuhnya untuk musim 2020 nanti.

Kredit Foto : FB Xpander Rally Team

BACA : MITSUBISHI XPANDER AP4 – KERETA RALI SENTUHAN INDONESIA

BACA : TOYOTA VITZ AP4 – KECIL-KECIL SEMUT API

Google ads

B K

Back to top button