Buletin

GR YARIS DAN VIOS GR-SPORT LARIS. LEPASI EKSPEKTASI UMW TOYOTA MOTOR

Biarpun baru sebulan dilancarkan, maklum balas terhadap GR Yaris dan Toyota Vios GR-Sport dilihat sangat memberangsangkan dengan jumlah tempahan melebihi ekspektasi pihak UMW Toyota Motor.

Hanya 25,000 unit GR Yaris ditawarkan di seluruh dunia dengan 200 unit diperuntukkan bagi pasaran Malaysia.

Hatchback itu merupakan model homologasi istimewa yang dibangunkan hasil pengalaman Toyota dalam perlumbaan Kejohanan Rali Dunia (WRC).

Sementara Vios GR-S pula merupakan varian terbaharu Vios yang tampil dengan ciri-ciri berorientasikan prestasi dan suspensi talaan khas. Ia dibina secara eksklusif untuk pasaran Malaysia.

GR Yaris ditawarkan pada harga bermula RM299,000 dan Vios GR-S yang berharga dari RM95,284 boleh didapati di pengedar sah Toyota dengan GR Garage. Pengedar tersebut turut menawarkan GR Supra, barangan eksklusif GR dan sokongan selepas jualan.

“Kami sangat berbesar hati dengan respons yang diberikan ke atas model-model GR.

“Sebagai jentera yang sah dipandu di atas jalan raya biasa, sesiapa sahaja boleh menikmati kuasa yang ditawarkan oleh enjin 1.6 lter turbo berkuasa 261hp pada GR Yaris,” kata Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor dan Ketua Pegawai Sukan Bermotor Gazoo Racing, Akio Takeyama.

Google ads
Back to top button