Artikel PilihanBuletin

IKLAN TOYOTA YARIS DIBAN DI AUSTRALIA – PROMOSI PEMANDUAN TIDAK BERHEMAH

Toyota GR Yaris memang antara kereta yang paling hot pada masa ini walaupun ia tidak diperakui oleh kluster ‘baik beli’. Tapi lain pula halnya di Australia bila pihak berkuasa di sana tidak meluluskan iklan Toyota Yaris dengan alasan ia menggalakkan pemanduan tidak selamat dan sangat merbahaya.

Iklan pendek yang memaparkan hampir semua model Yaris menunjukkan sebuah GR Yaris membuat aksi power slide selama beberapa saat sewaktu keluar dari garaj sebelum memecut di jalan luar bandar. Dua kesalahan dikesan disitu iaitu pemanduan tidak selamat dan melanggar halaju.

Toyota akan menilai kembali iklan terbabit dan menyuntingnya sebelum disiarkan kembali.

GR Yaris yang mencipta sensasi di seluruh dunia sebagai jentera WRC yang sah untuk jalan raya turut dipasarkan di Malaysia dengan harga RM299,000 seunit. Hanya 25,000 unit bakal dihasilkan dan kuota untuk Malaysia ialah 200 unit.

Tapi itulah, rupanya geng Australia yang terkenal sebagai pemburu buaya terhebat di dunia masih merasakan iklan Toyota Yaris sebagai merbahaya. Macam mana tu. Dah tentulah iklan tu dirakam dalam keadaan terkawal dan menggunakan khidmat pemandu professional.

Bukan biasa kalau iklan macam tu kat sini akan disertakan dengan pemberitahuan supaya tidak meniru aksi seumpamanya. Lagi pun game perlumbaan dalam PlayStation pun lagi ganas rasanya. Sekadar pendapat kami je lah.

Google ads
Back to top button