Artikel Pilihan

HONDA CITY VS TOYOTA VIOS VS NISSAN ALMERA. MANA LAGI POWER?

Hari ini memang dinantikan oleh peminat permotoran apabila Toyota Malaysia membuat bayangan akan kemunculan model baru model terlaris mereka iaitu Toyota Vios dan juga Toyota Yaris. Namun dalam diam diam, Toyota Malaysia melancarkan GR Yaris dan juga Vios GR Sport. Ada beza ye huruf GR tue ada di depan atau belakang ya.

Jadi buat pembaca yang sedang tercari-cari sedan dan sedikit keliru dengan tawaran oleh Nissan, Honda dan juga Toyota usah risau kerana kami bawakan kepada anda perbandingan antara Vios, City dan juga Almera. Untuk berlaku adil, semua perbandingan menggunakan varian paling mahal yang ditawarkan oleh setiap pengeluar.

1. Rekaan Luar- berbeza dengan model lama, Almera generasi baru tampil bergaya dengan falsafah rekaan V Motion yang nampak segak baik dari depan, belakang ataupun sisi. Kena pula dengan rim 16 inchi dan lebar 205mm menampil sisi sporti pada Almera serta lampu LED rekaan tajam memang Almera 2018 boleh dinobatkan paling lawa antara ketiga-tiga model ini

Vios pula walaupun baru difaceliftkan pada tahun lepas, mereka cepat menghasilkan rekaan bampar, lampu kabus dan lampu utama LED yang baru. Seperti biasa rekaan Toyota akan menggunakan inspirasi rekaan Lexus dengan bukaan jeriji yang besar. Terlalu ranggi kalau kita nak hadiahkan kereta ini pada ibu bapa kita. Tapi untuk anak muda rekaan sebegini sangat kena dengan jiwa

Honda City pula agak tenggelam dari segi rekaan berbanding model lama. Sekejap nampak macam ambil rekaan Accord, tapi nampak dari sisi lain pula ambil rekaan Civic. Hanya varian RS yang nampak menyerlah dengan kemasan hitam pada bahagian luar. Varian lain mungkin lebih sesuai digunakan oleh ibubapa kita. Tapi ini semua subjektif, bergantung pada citarasa masing-masing

Varian RS, varian V datang dengan rim 1 tona

2. Spesifikasi- Honda City mengekalkan jarak antara roda pada 2600mm dan ia boleh diterjemahkan dalam rekaan kabin yang luas. Sebagai pengguna Honda City, penulis rasa ruang dalam kabin City cukup luas. Saiz bonet yang ditawarkan juga paling besar dalam kelasnya iaitu 519 liter. Hanya varian RS sahaja yang ditawarkan dengan brek cakera pada bahagian belakang

Almera pula tampil dengan jarak antara roda 2620mm, sedikit lebih panjang daripada City. Ditambah pula dengan rekaan 2 tona yang berwarna cerah menjadikan Almera nampak sedikit luas. Namun ruang kargo Almera hanyalah 482 liter sahaja. Almera juga memiliki berat keseluruhan yang paling rendah dengan 1114kg sahaja

Vios pula memiliki jarak antara roda 2550mm sahaja. Jika anda memasang kerusi bayi di bahagian belakang, anda susah untuk menyandarkan kerusi disebabkan kekurangan 50mm tadi. Bonet Vios juga menawarkan 506 liter ruang, kurang sedikit berbanding dengan City dengan ruang kargo dikorbankan bagi memuatkan tayar simpanan bersaiz penuh

Almera VLT

3. Prestasi – Almera menawarkan tork setinggi 152Nm pada 2600RPM memudahkannya untuk memecut dengan berat yang paling ringan. Dengan hanya 98 kuasa kuda pada 5000RPM kami tidak pasti berapakah halaju maksima yang boleh dicapai oleh Almera. Purata penggunaan petrol ialah sekitar 18.4km per liter

City menawarkan 119 kuasa kuda dari enjin DOHC i-VTEC dan 145Nm tork. Halaju maksima pula ialah 195km/j (190km/j bagi model lama dan telah diuji) menjadikannya model paling laju dan berkuasa dalam kelas ini. Penggunaan petrol di bandar biasa-biasa sahaja, namun jika memandu jarak jauh dengan berhemah, anda boleh mencapai 20.9km per liter pada halaju 110km/j atau 17km per liter pada halaju 140km/j.

Vios memilih untuk menjadi konservatif dengan hanya menawarkan 105 kuasa kuda sahaja dan 140Nm tork. Namun berdasarkan pengalaman, CVT telah ditala dengan baik bagi menutup kekurangan enjin. Anda masih boleh mencapai halaju 170km/j tapi jika anda memilih untuk berjimat, ia menawarkan penggunaan petrol sekitar 19km/liter pada halaju 110km/j.

Pre Collision Sysem

4. Aspek Keselamatan- Honda hanya menawarkan teknologi Honda Sensing pada varian RS sahaja. Varian 1.5V hanya menawarkan sistem VSC, Honda Lane Watch, 6 beg udara dan kamera undur sahaja. 2 varian terendah (1.5 E RM RM 81,000 dan 1.5S RM 74,000) hanya menawarkan 4 beg udara sahaja.

Jika Almera lama dikutuk kerana menawarkan hanya 1 beg udara sahaja, model terbaru ditawarkan dengan 6 beg udara, Intelligent Forward Collison Warning and Brake bagi semua varian (wow), Blind Spot Warning, Rear Cross Traffic Alert dan juga Intelligent Around View Monitor yang boleh mengesan sebarang objek bergerak di sekeliling kereta.

Vios pula tampil dengan lebih banyak ciri keselamatan seperti 7 beg udara untuk semua varian, Pre Collision System (sistem amaran dan brek pra-perlanggaran bagi 2 varian teratas), Lane Departure Alert, Blind Spot Warning, Rear Cross Traffic Alert, panaromic view monitor, dan perakam video digital. Walaupun anda memilih varian termurah pada harga RM 74,000 ia tetap datang dengan 7 beg udara, lampu depan LED dan lampu kabus LED.

Nissan Intelligent Mobility

5. Ciri Menarik – bagi pengguna yang mahukan prestasi, anda boleh memilih Honda City yang datang dengan enjin paling berkuasa, paling laju dan dilengkapi dengan ciri penukar gear serta autocruise pasif. Namun sayang sekali ciri Honda Sensing hanya ditawarkan bagi varian teratas sahaja. Dengan harga RM 86,561 anda mendapat sebuah kereta paling besar dalam kelas ini.

Almera pula tampil lebih bergaya dengan rekaan V-Motion nampak lebih menyerlah dan walaupun anda memilih varian termurah pada harga RM 79,000 ia tetap datang dengan ciri Intelligent Forward Collison Warning and Brake. Namun versi VLT dijual paling mahal dalam segmen B pada harga RM 91,310.

Pujian perlu diberikan pada Toyota kerana cepat menghasilkan model baru bagi kekal kompetitif dengan lampu LED, lampu kabus LED serta 7 beg udara bagi semua varian. Ia juga model tunggal yang menawarkan ciri Lane Departure Alert bagi segmen B. Cuma dengan jarak anatara roda 2550mm kabin terasa sedikit kecil.

Ini pendapat peribadi penulis, kalau nak model yang luas dan berkuasa boleh pilih City tapi lebih baik pilih varian V untuk aspek keselamatan paling bagus. Almera pula rekaan paling lawa dengan harga yang agak tinggi (RM 79,000 untuk varian termurah). Vios paling bagus dari segi aspek keselamatan tapi rekaan papan pemuka nampak terlalu ringkas. Kalau nak beli Vios, pada hemat penulis varian E dengan harga RM 82,000 pun sudah memadai yang lengkap dengan ciri Toyota Safety Sense

Google ads
Back to top button