Buletin

GRAN TURISMO 7 TAMBAH LIMA KERETA BAHARU, TERMASUK KERETA RALI CELICA GT-FOUR ST205!

Para pemain game Gran Turismo bakal mendapat kemaskini baharu secara percuma yang menampilkan lima buah kereta baharu.

Salah satu daripadanya merupakan jentera rali Toyota Celica GT-Four ST205 – Celica yang paling berkuasa pernah dihasilkan.

Kereta rali Toyota Team Europe (TTE) itu berjaya meraih gelaran juara pada European Rally Championship 1996, namun jangka hayat jentera itu sangat singkat.

Ini kerana ia telah diharamkan oleh pihak FIA kerana mereka mendapati pasukan TTE menggunakan komponen plet pembatas (restrictor plate) yang dilarang sama sekali untuk meningkatkan kuasa kuda jentera sehingga 50 hp.

Selain daripada Celica ST205, Gran Turismo turut menyenaraikan model seperti Alfa Romeo Giulia GTAm, Bugatti Chiron, Chevrolet Corvette C8 Stingray, serta model Ferrari Vision Gran Turismo yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 1,000 hp.

Model skala penuh Ferrari Vision Gran Turismo itu sebenarnya boleh dilihat di muzium Ferrari di Maranello.

Baca: Tipu Helah Dalam Perlumbaan

Google ads
Back to top button