" "
Artikel Pilihan

TRAILER RASMI GRAN TURISMO DILANCARKAN – ADALAH IA AKAN MENJADI FILEM EPIK ABAD INI?

Sony Pictures Entertainment baharu sahaja lancarkan trailer rasmi filem Gran Turismo yang bakal ditayangkan pada bulan Ogos akan datang. Ia mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang anak muda dalam mengejar cita-cita menjadi pelumba kereta seperti juara rali Mentakab lapan kali (tiba-tiba je).

Tengok pada trailer ni memang berbaloi untuk ditonton bagi peminat dunia perlumbaan. Kalau korang jenis minat adegan meletup dan kemusnahan besar-besaran macam F&F tu korang memang silap filem la.

Bagi golongan yang lahir hujung 90 an ia memang bakal menjadi sebuah filem yang nostalgik dan akan mengingatkan kita sewaktu kali pertama permainan Gran Turismo diperkenalkan. Ramai yang berpeluang memandu kereta-kereta hebat di litar-litar ternama dunia.

Ramai yang memang terhenti setakat itulah termasuk kami sendiri. Tapi filem ini pergi lebih jauh berdasarkan pengalaman seorang remaja yang sama kita jugak, main games tapi akhirnya berjaya menjadi pelumba sebenar.

Gran Turismo adalah berdasarkan kisah benar tentang seorang remaja bernama Jann Mardenborough yang sangat bertuah dan berjaya memasuki GT Academy setelah menewaskan 90,000 orang peserta dari seluruh dunia. Tapi sudah tentu bukan senang nak jadi juara.

Sebenarnya dalam dunia sebenar Mardenborough menang tempat ketiga GT Academy tapi beliau merupakan pesaing paling muda dalam persaingan tersebut. Catatan terbaik beliau setakat ini ialah tempat ketiga kelas LMP2 dalam perlumbaan Le Mans. Pergh…jangan main-main.

Selain Archie Madekwe yang membawa watak Jann Mardenborough, file mini turut dibintangi oleh Orlando Bloom, Djimon Hounsou (watak jahat FF7), Geri Halliwell dan ramai. Kalau korang tak minat artis mahu pun awek tak ada masalah sebab ada banyak kereta best-best dalam ni. Nissan GT-R tu dah macam Myvi dalam filem ni. Bersepah baii. Kereta lain pula ialah seperti Lamborghini Huracan, Aston Martin, Ferrari, Porsche dan macam-macam lagi.

Cuma satu je kami musykil, Suzuki Escudo tak ada ke? Tok sah temberang la, mana ada orang main GT tak pernah pada Escudo. Tunggu je lah filem sebenar bulan Ogos ni kan? Kot diorang sengaja tak nak tunjuk lagi ke.

Google ads
Back to top button