Artikel Pilihan

GENERAL MOTOR PANGGIL BALIK 740K KENDERAAN, MASALAH DRL TAK PADAM-PADAM

National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) membuat keputusan supaya General Motor memanggil balik 740,108 kenderaan yang dijual oleh mereka bagi tujuan baik pulih semula. Kali ini isu yang terlibat ialah lampu nyalaan siang yang dipasang pada kenderaan jenama GM, Secara asasnya isu kali ini adalah mudah untuk dibaiki

Lampu nyalaan siang atau singkatannya DRL pada model Buick, Cadillac, Chevrolet dan GMC didapati tidak terpadam apabila lampu utama kenderaan ini telah dinyalakan. Berdasarkan undang-undang Amerika, lampu ini sepatutnya padam sebaik sahaja lampu utama dihidupkan. Dalam notis yang dikeluarkan oleh GM mereka tidak menyatakan kesan jika lampu ini kekal menyala pada waktu malam.

Namun pakar keselamatan memberi amaran risiko yang timbul ialah apabila DRL ini menyala pada waktu malam dan boleh menyebabkan silau pada pemandu dari arah depan, mengurangkan daya penglihatan dan boleh menyebabkan kemalangan berlaku. Lampu DRL yang menyala pada waktu malam adalah satu kesalahan di bawah Federal Motor Vehicle Safety Standard nombor 108

Antara kenderaan yang akan dipanggil semula bagi tujuan pembaikan termasuklah Chevrolet Silverado 1500, GMC Sierra 1500, Chevrolet Suburban, GMC Tahoe, GMC Yukon, Cadilac Escalade, Buick Envision, Cadillac CT4 dan juga Cadillac CT5. Setakat ini sebanyak 740,198 kenderaan perlu dipanggil semula untuk tujuan pembaikan

Nasib baik proses penbaikan bukanlah melibatkan perkakasan, tapi sistem perisian kenderaan yang mengandungi bug akan dinaiktaraf di bahagian Body Control Module. Masalah perisian ini boleh diselesaikan di mana-mana pusat servis GM atau jika kenderaan dipasang dengan over the air update, pemilik hanya perlu memuat turun perisian terbaru mulai 23 Januari 2023

Google ads
Back to top button