Artikel Pilihan

TIPU HELAH TEKNIKAL PALING BIJAK DALAM PERLUMBAAN

Dalam perlumbaan, antara perkara yang paling penting ialah rekaan inovasi yang digunakan bagi menghasilkan enjin yang lebih cekap, lebih berdaya saing dan lebih berkuasa bagi mengatasi pihak lawan. Bagi pihak penganjur pula, mereka akan cuba memastikan perlumbaan berjalan dengan adil dan selamat.

Jadi penganjur akan menghadkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin bagi setiap pasukan bagi memastikan semua pasukan bersaing dengan adil serta faktor kecekapan pemandu memainkan peranan penting. Walaupun pelbagai peraturan diperkenalkan, ia tidak menghalang pasukan perlumbaan untuk “bend the rules”.

Ini bermaksud jurutera pasukan akan cuba mencari jalan bagi mengatasi peraturan tapi pada masa yang sama tidak melanggar peraturan perlumbaan. Contohnya adalah seperti di bawah:

1. Perlumbaan WRC – pada tahun 1995, penganjur iaitu FIA telah menetapkan semua pasukan bertanding tidak boleh menghasilkan lebih daripada 300 kuasa kuda bagi menghalang jentera perlumbaan menjadi terlalu laju ketika berlumba. Ini bagi mengelakkan kemalangan membabitkan pelumba dan juga penonton.

Jadi satu mekanisme plate restrictor telah dipasang pada sistem turbo, bagi menghadkan udara memasuki turbo dan seterusnya enjin lantas menghadkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin. Namun Toyota Team Europe berjaya menemui satu penyelesaian pada masalah ini, paling bijak dalam sejarah perlumbaan.

Mereka berjaya menaikkan 25% lebih banyak udara, menghasilkan 350 kuasa kuda dan masih menggunakan plate restrictor. FIA telah membuka dan memeriksa sistem turbo yang dipasang pada Toyota Celica GT, namun tidak menemui apa-apa perlanggaran syarat perlumbaan. Namun bila turbo ini dipasang dan beroperasi, lain pula jadinya

Plate Restrictor tadi dipasang dengan menggunakan silicone cufflink, dan apabila turbo mengenakan tekanan pada bahagian ini ia akan terbuka sebanyak 5mm. Sudah cukup untuk membenarkan 25% lebuh aliran udara yang diperlukan.

Kes ini hanya terbngkar apabila wujud whistle blower dalam pasukan tersebut yang mendedahkan rahsia pasukan kepada FIA. Toyota Team Europe dikenakan hukuman dengan tidak dibenarkan berlumba pada tahun 1995. Max Mosley yang mengetuai FIA ketika itu menyifatkan ia rekaan paling bijak dalam 30 tahun perlumbaan.

2. Perlumbaan WRC 2003 – pada tahun ini, persaingan sengit memang wujud antara Ford, Subaru dan Mitsubishi bagi merebut gelaran sebagai juara WRC. Ford ketika itu berusaha dengan memperkenalkan model baru Ford Focus sebagai taruhan untuk merebut kejuaraan WRC.

Dari segi rekaan, Focus baru tersebut hanya memiliki rekaan bampar yang lebih besar. Plate restrictor masih digunakan dan disahkan oleh FIA tapi apa yang tersembunyi di sebalik bampar ialah tangki angin tekanan tinggi. Tangki ini akan menyimpan udara ketika overboost berlaku (membrek) dalam tangki belakang bampar

Udara tekanan tinggi ini akan dihantar semula ketika turbo mula berputar laju ketika memecut daripada tangki sebesar 40 liter, menghapuskan terus masalah turbolag dan hasilnya jentera memecut pantas sepenjang masa. Dari segi teknikaliti, proses ini adalah sah kerana udara diambil daripada sistem turbo dengan plate restrictor.

Apabila isu ini diketengahkan kepada FIA, pasukan Ford tidak lagi dibenarkan menggunakan rekaan ini. Walaupun tidak salah dari segi peraturan, ia memberikan Ford dari segi kelebihan kuasa.

3. Perlumbaan BTCC 1994 -British Touring Car Championship adalah perlumbaan dengan menggunakan kereta yang sama dihilkan di kilang dan dijual di pasaran. Ketika ini Volvo telah menyertai firma perlumbaan Tom Wilkinshaw Racing dengan mengetengahkan Volvo 850 R iaitu sebuah wagon untuk berlumba.

Walaupun diketawakan secara berjemaah oleh pasukan lain, namun mereka tidak mengetahui bahawa pekali geseran wagon ini adalah jauh lebih berbanding dengan sedan pasukan lawan. Tapi masalah yang ada ialah enjin stock yang digunakan cuma berupaya menghasilkan 235 kuasa kuda berbanding dengan 260 yang dihasilkan pihak lawan.

Peraturan BTCC menyatakan kepala silinder yang asal mestilah digunakan tapi proses port & polish dibenarkan selain injap yang lebih besar boleh digunakan. BTCC juga menyatakan sudut pemasangan semua injap mestilah dikekalkan. Bagi memastikan enjin ini menghasilkan lebih kuasa, aci sesondol yang lebih agresif dan injap besar mesti digunakan.

Bagi memenuhi peraturan BTCC, Volvo dan Tom Wilkinshaw Racing memotong kepala silinder menjadi separuh dan mereka semula kepala silinder secara custom untuk memuatkan aci sesondol dan injap perlumbaan. Disebabkan sudut injap mesti dikekalkan, kepala silinder tadi dimesin secara CNC pada satu sudut bagi mengekalkan sudut injap

Kini berat kepala silinder modifikasi adalah sama dengan kepala silinder OEM dan sudut injap adalah sama seperti OEM serta berupaya menggunakan aci sesondol dan injap perlumbaan. Hasilnya ialah enjin 5 silinder ini berjaya menghasilkan 325 kuasa kuda.

Dari segi teknikal, semua modifikasi yang dibuat ini langsung tidak melanggar peraturan BTCC kecuali tujuan asal peraturan ini dibuat ialah untuk memastikan kos perlumbaan menjadi murah. Modifikasi yang dibuat ini menelan belanja sehingga RM 87,000 bagi setiap enjin dan kepala silinder enjin menjadi senget.

Jika BTCC menyatakan semua pasukan ada had kos, barulah Volvo didapati bersalah kerana melanggar bajet perlumbaan. Sebenarnya banyak lagi contoh “bend the rules” yang dibuat oleh jurutera samaada terkantoi ataupun tidak. Kalau anda ada cerita berkenaan isu ini, silakan komen di Facebook nanti

Google ads
Back to top button