TRAILER FILEM GRAN TURISMO MUNCUL – NAMPAK MENARIK NI BOH
Sony baharu sahaja mengeluarkan trailer filem Gran Turismo untuk tontonan umum dan sejujurnya kami pun sangat teruja. Ia seolah-olah sedutan daripada permainan video itu sendiri dan sangat-sangat mengimbau nostalgia.
Ia bukan hanya difokuskan kepada pertarungan antara kereta dengan kereta tetapi dari sudut-sudut yang hanya mereka yang pernah bermain pemainan ini mampu menilainya. Hasilnya ialah sebuah dilem perlumbaan yang pertama kali seumpamanya pernah dihasilkan dan kita merasa ia seolah-olah déjà vu.
Rasalah bukan kami sahaja yang terkenang bermain permainan ini semasa zaman bujang dahulu (padahal dah berbini pun curi-curi main lagi), daripada bunyi ‘beep’ tunggu lampu hijau dan logo GT berwarna biru dan merah ia memang cukup nostalgik.
Jalan cerita ini dikatakan berkisar watak seorang gamer yang menempa nama menerusi GT Academy sebelum mengembangkan kariernya dalam dunia perlumbaan sebenar. Watak utama bernama Jahn Mardenborough yang dilakonkan oleh Archie Madekwe, pemenang GT Academy paling muda dalam sejarah. Karier beliau berkembang dari SuperGT sehinggalah perlumbaan Le Mans 24 Jam.
Ada juga kisah cinta diselitkan sebagai penambah perisa tapi tak adalah sampai tenggelam jalan cerita. Harap-harapnya macam tu lah. Nak kisah cinta sangat baik tengok drama bersiri Melayu.
Filem ini diarahkan oleh Neill Blomkamp yang merupakan seorang peminat fanatic Nissan GT-R. sesetengah adegan perlumbaan memang kelihatan seperti kamera “chase” seperti dalam permainan sebenar. Sama juga dengan kamera dalaman dan kamera bumper. Itu belum campur dengan kamera dron yang terbang rendah untuk mengambil sudut-sudut yang sangat hampir dengan kereta. Fuh baying pun dah meleleh air liur.
Jangan bimbang sebab masih ada adegan Nissan-GT-R dan model-model prototaip yang bukan menggunakan teknologi CGI. Kira gambar real lah ni. Best-best.
Gran Turismo dijangka mula ditayang kan di pawagam pada 11 Ogos 2023 ini. Lambat lagi kan? Sementara ni main GT7 la dulu. Budak-budak NFS pi main jauh-jauh. Jangan marah aa.