
FORZA MOTRSPORT BAKAL BERI SAINGAN KEPADA GRAN TURISMO – LAYAN JE DUA-DUA TAK ADA HAL
Ini ada berita baik bagi peminat-peminat games lumba kereta. Forza Motorsport terbaru bakal menemua anda dengan penambahan jumlah kereta dan litar baharu. Yang tak bestnya tarikh pelancarannya belum lagi ditetapkan sehingga kini.

Untuk versi terbaru ini mereka akan sejumlah 500 kereta dengan penambahan beberapa kereta lumba baharu berbanding versi sebelumnya. 100 kereta dikatakan memang baharu diperkenalkan untuk permainan ini manakala terdapat 800 pilhan naiktaraf unik untuk modifikasi.
Tak cukup lagi? Macam mana dengan 20 lokasi perlumbaan termasuk lima lokasi serba baharu antaranya ialah Hakone di Jepun dan Kyalami di Afrika Selatan. 3 lagi lokasi lain belum lagi didedahkan.

Menurut Pengarah Kreatif Turn 10 Studios, Chris Esaki, Forza Motorsport ialah permainan video perlumbaan kereta termaju pernah dihasilkan. Yakin betul ni. Paparan gameplay permainan ini menggunakan resolusi 4k dengan 60 frame sesaat.
Forza Motorsport terbaru ini juga dilengkapi dengan teapan dynamic-time-of-the-day yang mengubah cuaca sewaktu anda sedang berlumba. Bayangkan cuaca yang sentiasa berubah siap dengan hujan dan kepulan awan yang berbeza-beza. Sewaktu anda berlumba, serpihan getah tayar akan berteraburan di atas litar bagaikan perlumbaan sebenar dan jika anda berlanggar, calar-balar yang unik akan terhasil pada kereta yang anda pandu. Hebat.
Turn 10 Studios juga mendakwa kali ini Forza Motorsport menawarkan sistem bunyi yang paling menarik berbanding versi sebelum-sebelum ini. Ia menyokong Dolby Atmos dan walaupun bunyi enjin menjadi keutamaan, bunyi-bunyian lain seperti alam sekitar turut diberi perhatian mendalam.

Enjin yang sudah dimodifikasi semestinya akan berbunyi berbeza dengan enjin standard. Bergantung kepada lokasi perlumbaan anda, suara pengulas juga akan kedengaran berbeza-beza.
Ia semestinya akan memberikan saingan yang sengit kepada Gran Turismo dari PlayStation cuma masalahnya tak tahu bila lagi ia akan dipasarkan. Rasa-rasanya dalam tahun ni jugak kot. Ini pun baharu bulan Januari.
