Buletin

WRC2 – SAMI PAJIRI HEBAT UNTUK MENGUNGGULI DI ORLEN 80TH RALLY POLAND

Pemandu muda dari Finland, Sami Pajari berjaya mengungguli saingan kelas WRC2, FIA World Rally Championship (WRC) yang berlangsung di ORLEN 80th Rally Poland hujung minggu baru ini.

Sami Pajiri yang memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 bersama Juruarah Enni Malkonen berjaya mengungguli saingan sedari awal perlumbaan lagi di Poland ini. Ternyata momentum yang dipamerkan Sami Pajiri sewaktu memenangi perlumbaan Rally Sardegna bulan lalu diteruskan pula di Poland.

Ini adalah kemenangan kedua berturut buat pemandu berusia 22 tahun yang juga merupakan pemenang bagi Junior WRC bagi tahun 2021.

Dan kemenangan ini, adalah yang ketiga buat jentera Toyota GR Yaris Rally2 musim ini sekali gus memberikan amaran bahawa jentera ini semakin giat untuk memburu kejayaan dalam kelas WRC2 musim ini. Kemenangan ini juga membolehkan Sami Pajari melonjak kedudukan keseluruhan ditempat kedua dibelakang Yohan Rossel yang memilih tidak beraksi di Poland.

Pun begitu, Sami Pajiri dikejar rapat oleh dua lagi pemandu, Oliver Solberg dan juga pemandu tuan rumah, Kajetan Kajetanowicz yang mana keduanya memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 ketika awal saingan. Pun begitu nasib malang menimpa buat hero tempatan tersebut apabila terpaksa menarik diri ketika saingan hari Sabtu gagal mengawal jentera yang dipandu mengakibatkan kerosakan teruk terhadap sistem suspensi.

Sedikit nasib malang menimpa buat pemandu pilihan Oliver Solberg yang berpasangan dengan Juruarah Elliot Edmondson apabila mengalami sedikit masalah dengan Skoda Fabia RS Rally2 yang dipandunya di awal perlumbaan.

Namun beliau masih berupaya mengejar walau pun sedikit tertinggal jauh dengan ketinggalan 22 saat di belakang Sami Pajari. Dan semestinya Oliver Solberg menarik nafas lega untuk terus mengutip mata penting dalam kejuaraan WRC2.

Dan melengkapkan senarai podium adalah pemandu muda Estonia, Robert Virves dengan memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2. Bekas pemenang Junior World Rally Championship 2022 itu ketinggalan masa lebih satu minit di hadapan Oliver Solberg. Keputusan podium ketiga ini adalah keputusan yang terbaik diraih oleh Robert Virves setakat ini.

Pun sebegitu sepatutnya beliau berupaya untuk menduduki podium kedua tetapi masalah tayar pancit memberikan peluang buat Oliver Solberg merampas kedudukan tersebut.

BACA : WRC2 2024 – SAMI PAJARI MUNCUL JUARA BUAT PERTAMA KALI BERSAMA TOYOTA GR YARIS RALLY2

BACA : WRC2 2024 – JAN SOLANS & TOYOTA YARIS GR RALLY2 MENANG DI PORTUGAL

Google ads

B K

Back to top button